Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Sabah 2023M/1444H

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak sepanjang bulan Ramadhan 1444H / 2023M bagi setiap zon di seluruh negeri Sabah, sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual atau takwim ini diharap dapat membantu umat Islam warga Sabah mendapatkan maklumat yang tepat waktu berbuka puasa dan imsak (sahur) dalam menjalani ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan 2023.

Disamping menunaikan puasa wajib disiang hari, hidupkan bulan Ramadhan yang berkat ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, perbanyakkan tadarus Al-Quran dan bersedekah.

Jadual Waktu Berbuka & Imsak 2023 Negeri Sabah

Berikut adalah poster takwim waktu imsak dan berbuka puasa bagi bulan Ramadhan untuk tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh negeri Sabah.

Jadual berbuka ini memaparkan tarikh Hijriah serta tarikh Miladiah / Masihi, hari, waktu imsak, waktu Subuh dan waktu berbuka puasa.

Negeri Sabah terbahagi kepada 9 zon waktu:

  • ZON 1: Bahagian Sandakan (Timur) - Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan, Bukit Garam
  • ZON 2: Bahagian Sandakan (Barat) - Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan Telupid, Tongod Dan Pinangah
  • ZON 3: Bahagian Tawau (Timur) - Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak Dan Lahad Datu
  • ZON 4: Bahagian Tawau (Barat) - Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai, Dan Kalabakan
  • ZON 5: Bahagian Kudat - Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat
  • ZON 6: Gunung Kinabalu (ketinggian 4.101m)
  • ZON 7: Bahagian Pantai Barat - Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar
  • ZON 8: Bahagian Pedalaman (Atas) - Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan Dan Keningau
  • ZON 9: Bahagian Pedalaman (Bawah) - Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang

Sila klik pada takwim untuk paparan yang lebih besar dan jelas.

jadual waktu berbuka puasa dan imsak sabah 2023

* Tarikh permulaan Ramadan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Semoga jadual waktu berbuka dan imsak negeri Sabah ini bermanfaat buat para pembaca. Sila share dan uar-uarkan.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Bagi Negeri-negeri Lain di Malaysia

Untuk menyemak waktu berbuka puasa dan imsak Ramadan 2023/1444H bagi negeri-negeri lain di Malaysia, sila layari Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia.