Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2023M/1444H

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak negeri Selangor bagi Ramadhan 2023M / 1444H, sepertimana disiarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual atau takwim ini diharap dapat membantu umat Islam yang menetap di Selangor mendapatkan maklumat yang tepat bagi waktu berbuka puasa dan imsak (sahur) dalam menjalani ibadah puasa.

Untuk semakan waktu berbuka puasa, waktu imsak serta waktu-waktu solat hari ini, sila gunakan widget waktu solat yang kami sediakan.

Disamping menunaikan puasa wajib disiang hari, hidupkan bulan Ramadhan mubarak ini dengan memperbanyakkan sedekah, tadarus Al-Quran dan solat sunat Tarawih.

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2023 Negeri Selangor

Berikut adalah poster jadual imsak dan berbuka bagi seluruh negeri Selangor bagi Ramadan tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah.

Jadual berbuka puasa ini memaparkan tarikh Hijriah serta tarikh Miladiah / Masihi, hari, waktu imsak dan berbuka. Waktu berbuka puasa dan imsak di negeri Selangor terbahagi kepada 3 zon iaitu:

  • ZON 1: Daerah Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam
  • Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H 2023M Selangor

  • ZON 2: Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor
  • Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H 2023M Selangor

  • ZON 3: Daerah Klang dan Kuala Langat
  • Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H 2023M Selangor

* Tarikh permulaan Ramadan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Bagi Negeri-negeri Lain di Malaysia

Untuk menyemak waktu berbuka puasa dan imsak Ramadan 2023/1444H bagi negeri-negeri lain di Malaysia, sila layari Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia.

Semoga jadual waktu berbuka dan imsak negeri Selangor ini bermanfaat buat para pembaca. Sila share dan uar-uarkan.