Semakan Keputusan Permohonan Ke Ting 1 SBP 2015 Online

Semakan keputusan kemasukan/penempatan dan rayuan murid ke Tingkatan satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM bagi tahun 2015 akan dibuka mulai 23 Disember 2014 hingga 6 Januari 2015.

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan secara online menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut. Sila masukkan angka giliran UPSR 2014 dan klik butang Semakan untuk mula menyemak.

Laman Semakan & Cetakan Tawaran ke Tingkatan 1 SBP 2015

Sekolah Berasrama Penuh SBP

Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya pemohon berjaya dan bersetuju untuk menerima tawaran, sila CETAK surat dan lampiran tawaran, dan bawa semasa hari pendaftaran di SBP pada 13 Januari 2015.


e-Rayuan SBP 2015 Tingkatan 1

Sekiranya gagal mendapat tawaran, pemohon boleh membuat rayuan supaya dipertimbangkan untuk ambilan kedua. Rayuan boleh dibuat secara online mulai 23 Disember 2014 hingga 6 Januari 2015 menerusi laman web yang sama seperti di atas.


Keputusan Rayuan SBP 2015 Tingkatan 1

Keputusan rayuan (ambilan kedua) telah diumumkan bermula 13 Februari 2015.

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.