Kalkulator Dan Cara Kira BMI (Body Mass Index)

Aplikasi kalkulator BMI online. Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan didefinisikan sebagai petunjuk jumlah lemak badan seseorang berdasarkan nisbah berat badan berbanding ketinggiannya.

Nilai BMI memberitahu samada seseorang itu kurang berat badan/kurus, berat badan normal/sihat, berat badan berlebihan/gemuk, atau obes. Lagi besar BMI, lebih gemuk seseorang itu.

Oleh kerana BMI senang untuk dikira, ia digunakan secara meluas sebagai petunjuk untuk mengenalpasti berat badan ideal seseorang individu.

kalkulator cara pengiraan BMI asia definisi dan konsep BMI

Cara Mudah Mengira BMI

Dengan kalkulator BMI online (online BMI calculator) dan interaktif di bawah ini, anda tidak perlu membuat pengiraan untuk mendapatkan BMI. Anda hanya perlu:

  1. Masukkan berat badan dan ketinggian anda.
  2. Tekan butang "Kira BMI".

Nilai BMI anda dan klasifikasinya serta kod warna akan muncul secara automatik di dalam ruangan "Keputusan BMI". Warna biru menunjukkan underweight, hijau menunjukkan berat badan normal/ideal, oren menunjukkan overweight dan merah menunjukkan obese.

Jika anda ingin mengira BMI serta manual, sila rujuk formula BMI di penghujung artikel ini. Kemudian padankan keputusan anda dengan carta/jadual BMI untuk menilainya.

Kalkulator BMI

Unit
Pilih sistem
Berat
Kg
Paun
Ketinggian
cm
Kaki
Inci
Kira BMI
Keputusan BMI
0.0
Carta Klasifikasi BMI
Bawah 18.5
Underweight
18.5 - 24.9
Normal
25.0 - 29.9
Overweight
30.0 keatas
Obese

Semakin tinggi nilai BMI, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit jantung (heart disease), tekanan darah tinggi (hypertension), kencing manis jenis 2 (diabetes mellitus), barah (cancer) dan angin ahmar (stroke).


Formula BMI (Body Mass Index)

Sekiranya anda ingin mengira sendiri BMI secara manual, gunakan formula berikut:

  • Sistem Metrik

    BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m)]2

  • Sistem Imperial

    BMI = Berat (lb) / [Tinggi (in)]2 x 703

Nota: BMI sesuai digunakan untuk menilai lelaki dan wanita dewasa berumur antara 18 hingga 64 tahun. BMI tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak, bayi, wanita hamil, orang yang sangat berotot (seperti atlet, ahli bina badan), dan orang tua (yang kehilangan jisim otot).

Semoga kalkulator BMI atau BMI calculator Malaysia ini dapat membantu pembaca dalam memantau berat badan dan mendapatkan BMI ideal.

Click to go to top