Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

|  3 comments

Tarikh dan semakan keputusan UPSR 2017. Result Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan keluar tak lama lagi.

Semakan ringkasan keputusan UPSR boleh dibuat secara online atau melalui SMS bermula jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Untuk mendapatkan slip keputusan penuh UPSR, calon hendaklah hadir sendiri ke sekolah masing-masing atau JPN.


Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR

Menurut Lembaga Peperiksaan KPM, tarikh rasmi pengumuman dan serahan keputusan UPSR 2017 ialah 23 November 2017.


Semakan Keputusan UPSR Online

Semakan ringkasan keputusan peperiksaan UPSR secara online boleh dibuat dengan melayari laman aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia di alamat berikut:

http://sppat.moe.gov.my/semakan/ (Akan aktif bermula pada tarikh dan masa keputusan diumumkan)

Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang yang disediakan dan seterusnya tekan butang "Papar Keputusan".


Semakan Keputusan UPSR Melalui SMS

Semakan boleh dibuat mulai dari jam 10:00 pagi 23 November sehingga jam 6:00 petang 29 November 2017.

semakan keputusan UPSR 2017

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan UPSR 2017 menggunakan khidmat mySMS:

  1. Taipkan:

    UPSR<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: UPSR   AZ1211283

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.


Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan masing-masing boleh membuat permohonan untuk semakan semula keputusan UPSR mereka.

Permohonan hendaklah dibuat dalam masa 30 hari selepas keputusan UPSR diumumkan, dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A).

Borang Permohonan Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Semoga berjaya dan good luck!

3 comments

Unknown

Unknown

17 November, 2015 08:44
Yasmiin Reezan Semoga berjaya

azwan

azwan

17 November, 2015 10:10
Mudahnya sekarang, pakai SMS pun dah boleh semak keputusan. Mungkin sesuai untuk ibu bapa, bagi adik-adik, pergilah ke sekolah. Suasana semasa ambil keputusan UPSR itu, mungkin akan jadi kenangan seumur hidup.
Ulasan ditutup