Panduan Cara Memakai Tali Leher

|  1 ulasan

Anda "dipaksa" memakai tali leher ke sekolah, pejabat tempat kerja atau untuk temuduga? Jangan risau, memakai tali leher / necktie sebenarnya mudah, budak sekolah pun boleh buat. Anda cuma perlukan sedikit panduan dan selebihnya, praktis.

Berikut dipaparkan panduan cara mudah mengikat tali leher dan panjang tali leher yang betul.

Jom ambil tali leher anda, berdiri di hadapan cermin dan cuba setiap style ikatan sekarang! Lepas tu pastu pilihlah jenis ikatan yang paling sesuai untuk anda.


Cara-cara Mengikat Tali Leher

Tutorial bergambar di bawah memaparkan, langkah demi langkah cara-cara mengikat 4 jenis ikatan/simpulan tali leher yang popular, iaitu ikatan Four In Hand, Half Windsor, Windsor dan Shell Knot.

cara pakai tali leher neck tie

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar


Panjang Tali Leher Yang Sesuai

Untuk nampak kemas dan segak, panjang tali leher hendaklah tidak terlalu singkat atau terlalu labuh. Panjang atau labuh tali leher yang ideal ialah bila hujung tali leher berada separas dengan kepala tali pinggang.

Tali leher dianggap singkat jika hujungnya tidak menyentuh atau berada di atas paras tali pinggang, dan terlalu labuh sekiranya ia berada di bawah paras tali pinggang. Sila rujuk ilustrasi di bawah untuk penjelasan.

panjang tali leher yang betul

Panduan panjang tali leher

Semoga panduan cara memakai tali leher ini berguna buat para pembaca, terutama adik-adik pelajar sekolah rendah dan menengah yang baru belajar mengikat tali leher.

1 ulasan

Pengawas sekolah

Pengawas sekolah

02 Januari, 2016 15:34
Rupa-rupanya senang jer nak pakai necktie.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top