Kedudukan Pungutan Pingat Olimpik Rio 2016

Kedudukan pungutan pingat terkini dan pungutan pingat kontinjen Malaysia di Olimpik Rio 2016.

Temasya sukan olimpik musim panas 2016 akan akan berlangsung mulai 6 Ogos sehingga 22 Ogos 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Seramai 11,303 atlet akan bertanding, mewakili 205 buah negara.

Sukan Olimpik 2016 Rio akan menawarkan sejumlah 2,102 pingat, dan berikut adalah kedudukan terakhir pungutan pingat Olimpik Rio 2016.


Kedudukan Pungutan Pingat Olimpik Rio 2016

Kedudukan terakhir sepuluh teratas (top ten) dan kedudukan Malaysia dalam pungutan pingat untuk Olimpik Rio 2016 adalah berdasarkan jumlah kutipan pingat Emas.

Amerika Syarikat berada di tangga teratas dengan jumlah 121 pingat, manakala Malaysia berada di kedudukan ke-60 dengan 5 pingat.

Rank Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1 United States 46 37 38 121
2 Great Britain 27 23 17 67
3 China 26 18 26 70
4 Russian Federation 19 18 19 56
5 Germany 17 10 15 42
6 Japan 12 8 21 41
7 France 10 18 14 42
8 Republic of Korea 9 3 9 21
9 Italy 8 12 8 28
10 Australia 8 11 10 29
60 Malaysia 0 4 1 5

kedudukan pungutan pingat olimpik Rio 2016


Senarai Kutipan Pingat Malaysia Olimpik Rio 2016

Senarai pingat yang diraih Malaysia di Olimpik Rio 2016 adalah seperti berikut:

  • EMAS: 0 pingat

  • PERAK: 4 pingat
    1. Diraih oleh pasangan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara Terjun Women's Synchronized 10 Meter Platform,
    2. Pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dalam acara Badminton Beregu Campuran,
    3. Pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dalam acara Badminton Beregu Lelaki, dan
    4. Datuk Lee Chong Wei dalam acara Badminton Perseorangan Lelaki.
  • GANGSA: 1 pingat
    1. Diraih oleh Azizulhasni Awang dalam acara Berbasikal Keirin Lelaki.

Selamat maju jaya untuk kontinjen Malaysia. Malaysia Boleh!