[Terkini] Kronologi kehilangan pesawat MH370

Berikut ialah fakta dan kronologi kehilangan pesawat MH370 berdasarkan kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa melalui sidang media yang diadakan dari semasa ke semasa.


Fakta mengenai penerbangan MH370 yang hilang

  • Laluan Kuala Lumpur KLIA - Beijing.
  • Menggunakan pesawat Boeing 777-200ER yang berusia 11 tahun 11 bulan dengan 53,465.21 jam penerbangan.
  • Pesawat ini berkongsi kod dengan China Southern Airlines (CZ748).
  • Kali terakhir ia diselenggara ialah pada 23 February 2014 dan dijadualkan untuk pemeriksaan seterusnya pada 19 Jun 2014.
  • Berlepas pada pukul 12.41 pagi hari Sabtu 8 Mac 2014 dan dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi waktu Malaysia pada hari yang sama.
  • Pesawat ini membawa 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
  • Para penumpang dalam pesawat ini terdiri daripada rakyat 14 buah negara. Berikut adalah senarai bilangan penumpang mengikut warganegara: China 152 orang termasuk seorang bayi, Malaysia 38 orang, Indonesia 12 orang, Australia 7 orang, Perancis 3 orang, Amerika Syarikat 3 orang termasuk seorang bayi, New Zealand 2 orang, Ukraine 2 orang, Kanada 2 orang, Rusia 1 orang, Itali 1 orang, Taiwan 1 orang, Belanda 1 orang dan Austria 1 orang.
  • Semua anak kapal adalah warganegara Malaysia.


Kronologi peristiwa kehilangan MH370

[Hari 1 - Sabtu 8/3/2014]

Nota: Teks italik merujuk kepada maklumat dari hasil siasatan pihak berkuasa.

  • flight-route-MAS-MH370-hilang[12:41 am] MH370 berlepas dari KLIA.
  • [1:07 am] Transmisi data terakhir ACARS.
  • [1:19 am] Mesej verbal terakhir "All right, good night" dari co-pilot.
  • [1:21 am] Transponder dimatikan.
  • [Diantara 1:07 am dan 1:37 am] ACARS dimatikan.
  • [1:30 am] Terputus hubungan radar, pada lokasi 120 batu nautika dari Kota Bharu, pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara (065515N) dan dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur (1033443E).
  • [7:24 am] MAS keluarkan kenyataan kehilangan pesawat.
  • [11.00 am] Sidang media pertama Penerbangan Malaysia di KLIA.
  • [2:40 pm] Sidang media Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri  Hishamuddin Tun Hussein.
  • [7:05 pm] Operasi diperluaskan babitkan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat.

[Hari 2 - Ahad 9/3/2014]

  • Kawasan pencarian diperluas.
  • Tumpuan utama ialah mengesan pesawat.
  • Radar tentera menunjukkan kemungkinan pesawat berpatah balik.
  • Pegawai FBI tiba di Kuala Lumpur.
  • Misi diperhebat dengan penambahan 40 kapal dan 22 pesawat.
  • Tompokan minyak ditemui di kawasan kira-kira 100 batu nautika dari Kota Bharu.
  • 2 penumpang disahkan guna passport palsu.

[Hari 3 - Isnin 10/3/2014]

  • Kawasan pencarian diperluas kepada lingkungan 100 batu nautika dari titik akhir pesawat dikesan.
  • DCA tidak tolak kemungkinan MH370 dirampas atau meletup di udara.
  • Keluarga dan waris penumpang warga China akan diterbangkan ke Kuala Lumpur.
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  (APMM) sahkan tompokan minyak bukan milik pesawat MH370.

[Hari 4 - Selasa 11/3/2014]

  • MH370: Identiti lelaki kedua guna pasport curi didedahkan Interpol. Lelaki yang menggunakan paspot curi Itali ((milik Luigi Maraldi) ialah Delavar Seyed Mohammad Reza, berusia 30 tahun. Manakala lelaki yang menggunakan pasport curi Austria (milik Christian Kozel) adalah Pouria Nour Mohammad Mehrdad,19 tahun. Kedua-duanya adalah warganegara Iran.
  • Siasatan polis fokus 4 kemungkinan: Dirampas, Sabotaj,  Masalah psikologi dan Masalah peribadi antara penumpang.

[Hari 5 - Rabu 12/3/2014]

  • Fokus operasi ialah di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
  • 12 negara (39 pesawat, 42 kapal) menyertai misi SAR (search and rescue), dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei.
  • Operasi SAR kini diperluas ke Laut Andaman.
  • Ahli keluarga penumpang pesawat akan menerima bantuan kewangan sebanyak USD5000 daripada MAS.
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberitahu, pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.
  • Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Rodzali Daud dedah satu pesawat tidak dikenali dikesan pada kedudukan barat laut Pulau Pinang, awal pagi Sabtu.

[Hari 6 - Khamis 13/3/2014]

  • MAS menghentikan penggunaan nombor kod penerbangan MH370 dan MH371 sebagai penghormatan kepada penumpang dan kru yang masih hilang. Laluan KL-Beijing ditukar kepada kod MH318 dan Beijing-KL kepada MH319 bermula 14/3/2014.
  • 20, 000 nelayan bantu cari MH370
  • CNN melaporkan satelit negara China menemui tiga objek terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan MH370. APMM menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier untuk membuat pengesahan, tetapi tiada objek ditemui.
  • Hishammuddin menafikan laporan media yang mengatakan pesawat MH370  berkemungkinan terbang selama empat jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan.
  • Latar belakang lelaki etnik Uyghur yang menaiki penerbangan MH370 menjadi tumpuan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL berbanding penumpang lain.

[Hari 7 - Jumaat 14/3/2014]

  • Sehingga kini, gerakan mencari dan menyelamat telah melibatkan penggunaan 57 kapal dan 48 kapal terbang dan helikopter dari tentera dan agensi penguatkuasaan maritim dari 13 buah negara.
  • (SAR) kini diperluas ke bahagian timur Laut China Selatan serta di Lautan Hindi.
  • Fokus utama MAS pada masa ini adalah untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 termasuk menyediakan maklumat yang tepat, keperluan penerbangan, penginapan, makanan, perubatan dan sokongan moral.

[Hari 8 - Sabtu 15/3/2014]

  • Pesawat yang di kesan berpatah balik oleh radar Tentera Udara Diraja Malaysia sebelum ini disahkan MH370.
  • Berdasarkan maklumat terbaru, Sistem Komunikasi dan Laporan Kedudukan (ACARS) telah dimatikan sebelum MH370 sampai di ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan sejurus selepas itu, transponder pula dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam.
  • Pergerakan pesawat menunjukkan ia adalah hasil tindakan secara sengaja (deliberate) oleh seseorang yang berada di dalam pesawat berkenaan.
  • Berdasarkan penelitian raw data satelit (Inmarsat), pihak FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia mengesahkan komunikasi terakhir antara pesawat MH370 dengan satelit adalah pada jam 8.11 pagi (waktu Malaysia) pada Sabtu lalu. Pada ketika itu, MH370 berkemungkinan berada di salah satu dari dua koridor penerbangan:
    1. Koridor utara yang menjangkau sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand.
    2. Koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.
    lokasi MH370
  • Dengan itu, gerakan mencari dan menyelamat di Laut China Selatan telah dihentikan.
  • Pihak berkuasa telah mengalih fokus penyiasatan kepada anak kapal (termasuk ground crew) dan penumpang MH370.
  • Polis mengambil flight simulator milik kapten Zaharie untuk tujuan siasatan.
  • Setakat hari ini 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam pencarian itu.

[Hari 9 - Ahad 16/3/2014]

  • Selain daripada lautan, SAR sekarang turut tertumpu kepada daratan yang merentasi 11 buah negara.
  • Bilangan negara yang terlibat operasi SAR meningkat dari 14 kepada 25 negara.
  • Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pesawat MH370 disiasat di bawah Seksyen 130 (C) Kanun Keseksaan kerana rampasan, keganasan, kesalahan sabotaj dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

[Hari 10 - Isnin 17/3/2014]

  • Operasi mencari dan menyelamat di koridor utara dan selatan sudah bermula, melibatkan inisiatif awal Malaysia, Australia, China, Indonesia dan Kazakhstan.
  • Aset-aset TUDM dan TLDM dikerah ke koridor selatan. Diantara aset-aset tersebut ialah kapal peronda luar pesisir KD Kelantan, KD Selangor, dan helikopter Super Lynx.
  • Pakar-pakar dari Jabatan Penerbangan Awam China menyertai pasukan penyiasat.
  • 3 pegawai dari Pejabat Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam Perancis yang mempunyai pengalaman menyiasat kehilangan Air France Flight 447 tiba hari ini untuk membantu siasatan.
  • Vietnam menamatkan operasi mencari pesawat MH370 di Laut China Selatan.
  • Jumlah negara yang terlibat dalam operasi SAR meningkat kepada 26: Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan and Vietnam.

[Hari 11 - Selasa 18/3/2014]

  • Dua lagi kapal laut TLDM dihantar untuk operasi mencari MH370 di koridor Selatan.
  • Operasi mencari pesawat MH370 kini menumpukan kepada empat perkara iaitu mengumpul maklumat pemantauan satelit, analisis data radar, penambahan aset udara dan darat, dan penambahan pakar teknikal.
  • Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di koridor Utara dan Selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi (4.15 juta km persegi.

[Hari 12 - Rabu 19/3/2014]

  • Pasukan utama teknikal SAR dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu diplomatik (diketuai Kementerian Luar), aset & logistik (diketuai Angkatan Tentera Malaysia), dan teknikal (diketuai DCA).

[Hari 13 - Khamis 20/3/2014]

  • Dua objek dipercayai milik pesawat dikesan satelit berada di Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth. Objek yang besar berukuran 24 meter.
  • Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono memberi jaminan 7 warganegara Indonesia yang juga penumpang pesawat MH370 tidak mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas.
  • Wakil tertinggi Malaysia diketuai oleh Komander Operasi Udara TUDM, Leftenan-Jeneral Datuk Seri Ackbal Haji Abdul Samad berlepas ke Beijing.

[Hari 14 - Jumaat 21/3/2014]

  • Kapal pengangkut kereta Höegh Autoliners dari Norway dan kapal peninjau pelbagai fungsi HMS Echo milik United Kingdom (UK) menyertai MH370 di Lautan Hindi.
  • Polis Ukraine sahkan penumpang etnik Uyghur berusia 35 tiada kaitan dengan sebarang kegiatan jenayah mahupun keganasan.

[Hari 15 - Sabtu 22/3/2014]

  • Akhbar The Telegraph mendedahkan transkrip 54 minit terakhir komunikasi juruterbang dengan menara kawalan.
  • Malaysia mohon bantuan Amerika usaha mencari di dasar laut. 
  • Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman turut menegaskan laporan transkrip komunikasi  oleh The Telegraph tidak tepat.
  • China kesan imej 22 meter panjang, 13 meter lebar di koridor selatan.

[Hari 16 - Ahad 23/3/2014]

  • Sidang media MH370 berpindah dari Hotel Sama Sama, Sepang ke PWTC Kuala Lumpur.
  • Operasi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) gagal temui 'objek terapung' satelit China. 
  • Imej satelit baru Perancis menunjukkan objek yang berkemungkinan ada kaitan dengan MH370.

[Hari 17 - Isnin 24/3/2014]

  • AMSA memaklumkan P8 Poseidon gagal temui 'objek mencurigakan' yang dikesan pesawat China.
  • Perdana Menteri mengesahkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi, di barat Perth. Ini berdasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB).

[Hari 18 - Selasa 25/3/2014]

  • China minta semua analisis data satelit berkaitan kehilangan MH370 daripada Malaysia.
  • Operasi mencari oeh AMSA ditangguhkan hari ini akibat cuaca buruk.
  • Sidang Dewan Rakyat rakamkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal.

Kami akan kemaskini kronologi bila mendapat maklumat baru.

Pray For MH370.

Rujukan