Senarai Lengkap Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Program komedi Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali lagi untuk musim 2017. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) menjanjikan aksi komedi yang hebat dan mantap dengan penampilan barisan pelawak dari tiga buah negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura.

15 kumpulan akan berentap untuk memenangi wang tunai RM500,000 beserta trofi untuk juara, RM250,000 untuk naib juara, RM150,000 untuk tempat ketiga, RM50,000 untuk tempat keempat dan RM25,000 untuk tempat kelima.

Untuk menonton semua episode MLM 2017 secara online sila layari video Maharaja Lawak Mega 2017 Online.


Senarai Penuh Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Berikut adalah senarai lengkap 15 kumpulan yang akan bersaing di dalam MLM 2017. Tiada penyertaan dari kumpulan Sepahtu, Jozan, SayWho dan Nabil.

  1. Zero : Atu,Shariff dan Syaiful
  2. Shiro : Ajak dan Shahrul
  3. Joras : Shuk, Rahim dan Joey
  4. Abioso : Amin, Sarip dan Mamad
  5. Mamu : Abu dan Ajo
  6. Pistol : Ag Hafiz dan Raja Azri
  7. XOXO : Wan, Wan Gegau dan Chot
  8. Puteh : Mamak dan Ali
  9. Masin : Vicha, Jiggy dan Mamat
  10. Hobit : Amir, Bocil dan Din
  11. Nice : Achong, Ropie dan Tauke
  12. Bocey : Abam, Fad dan Achey
  13. Dzawin (solo)
  14. Mad Sabah (solo)
  15. Danial (solo)

maharaja lawak mega 2017


Waktu Siaran Maharaja Lawak Mega 2017

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2017 akan bersiaran secara langsung pada pukul 10.00 malam setiap Jumaat  mulai 17 Februari 2017 menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).


Penghakiman Maharaja Lawak Mega 2017

Sistem penghakiman MLM 2016 masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri profesional dan 30 peratus daripada undian SMS penonton.