Pendaftaran myLesen (Untuk Lesen Memandu B2)

Melalui program myLesen, mereka yang layak boleh memiliki lesen motosikal kelas B2 pada kos lebih rendah iaitu RM299 termasuk GST berbanding harga semasa RM350.

Program MyLesen: 1Rakyat 1Lesen merupakan program kerjasama di antara JPJ dan institut memandu yang dirangka khas bagi menggalakkan penunggang motosikal khususnya golongan belia untuk memiliki lesen memandu yang sah dan mengurangkan kadar kemalangan motosikal.


Skop Dan Tempoh Pendaftaran MyLesen

  • Program MyLesen adalah terhad kepada lesen memandu Kelas B2 Tunggal sahaja, iaitu lesen untuk motosikal tidak melebihi 250 cc.
  • Tempoh pendaftaran bermula pada 15 September 2015 dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 15 Oktober 2015.

maklumat info program myLesen motosikal


Syarat Kelayakan MyLesen

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan memohon MyLesen:

  • Warganegara atau penduduk tetap Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Memiliki MyKad/Polis/Tentera/MyPR
  • Tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan
  • Tiada senarai hitam mahkamah, JPJ atau Polis

Untuk maklumat terperinci mengenai garis panduan, peraturan dan syarat-syarat penyertaan program myLesen, sila rujuk borang pendaftaran myLesen.


Cara Memohon MyLesen

Permohonan untuk menyertai program MyLesen hendaklah dibuat menggunakan Borang pendaftaran myLesen.

Sebarang pertanyaan berhubung butiran program MyLesen hendaklah dirujuk terus kepada pengurus program myLesen institut memandu berdekatan yang berdaftar dengan JPJ. Sila rujuk senarai institut memandu myLesen untuk mengenal pasti institut memandu yang menyertai program ini.