Harga Terkini Sampul, Sticker Dan Kotak Prabayar Poslaju Dan Pos Ekspres

Harga baharu kotak, sampul plastik dan sticker prabayar Poslaju 2020. Berikut adalah senarai harga terkini produk prabayar Pos Laju dan Pos Ekspres. Produk prepaid Pos Laju dan Pos Ekspres ini boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia termasuk pejabat pos, cawangan Pos Laju, pusat servis Pos Laju, kios Pos Laju, ejen rasmi Pos Laju dan juga boleh dibeli secara online di eziEmall Pos Malaysia.

Untuk menjejak status atau kedudukan semasa shipment Pos Laju dan dan Pos Ekspres, sila layari Cara track and trace PosLaju.

Jadual-jadual di bawah menyenaraikan jenis, ukuran, had berat serta harga kotak, sampul dan pelekat prabayar (prepaid) Pos Laju dan Pos Ekspres Xpresdrop. Semua harga adalah termasuk SST 6%.


Harga Kotak, Sampul & Sticker Prabayar Oren/Merah Pos Laju

Kotak, sampul dan pelekat (sticker) prabayar berwarna Oren/Merah adalah untuk kegunaan pengeposan dalam Semenanjung Malaysia, dalam negeri Sabah dan dalam negeri Sarawak.

Jenis Ukuran (mm) Berat Maksimum Harga (RM)
Sampul Prabayar S 280 x 200 0.5kg RM7.41
Sampul Prabayar L 380 x 320 1kg RM10.59
Kotak Prabayar S 340 x 250 x 80 2kg RM13.88
Kotak Prabayar M 340 x 250 x 150 5kg RM21.30
Kotak Prabayar L 380 x 320 x 200 10kg RM31.90
Pelekat Prabayar 3kg --- 3kg RM15.00
Pelekat Prabayar 5kg --- 5kg RM18.00
Pelekat Prabayar 10kg --- 10kg RM22.00

Tarikh kemaskini: 27 Disember 2019

harga kotak dan sampul prabayar Pos Laju 2020


Harga Kotak, Sampul & Sticker Prabayar Biru Pos Laju

Kotak, sampul dan pelekat (sticker) prepaid berwarna Biru adalah untuk kegunaan penghantaran antara Semenanjung dan Sabah, antara Semenanjung dan Sarawak, dan antara Sabah dan Sarawak.

Jenis Ukuran (mm) Berat Maksimum Harga (RM)
Sampul Prabayar S 280 x 200 0.5kg RM11.65
Sampul Prabayar L 380 x 320 1kg RM16.95
Kotak Prabayar S 340 x 250 x 80 2kg RM26.60
Kotak Prabayar M 340 x 250 x 150 5kg RM58.40
Kotak Prabayar L 380 x 320 x 200 10kg RM100.80
Pelekat Prabayar 3kg --- 3kg RM32.00
Pelekat Prabayar 5kg --- 5kg RM50.00

Tarikh kemaskini: 27 Disember 2019


Harga Sampul Prabayar Pos Ekspres XpresDrop

Sampul prabayar Pos Ekspres XpresDrop adalah untuk kegunaan penghantaran Next Day Delivery bagi dokumen dan barangan kecil ke seluruh negara.

Jenis Sampul Ukuran [Panjang x Lebar]
(mm)
Berat Maksimum (gram) Harga
(RM)
2XS DL1 (non-window, untuk barangan/dokumen) 125 x 230 100g RM4.87
2XS DL2 (window, untuk dokumen sahaja) 125 x 230 100g RM4.87
XS C5 (untuk barangan/dokumen) 175 x 225 250g RM5.40

Tarikh kemaskini: 27 Disember 2019

Pos Ekspres Xpresdrop boleh diposkan melalui saluran -saluran Peti Surat Kuning Pos Ekspres, kaunter Pos Laju dan pejabat pos, Pos Laju EziBox, Pos Laju Prepaid EziDrop dan agen Pos Laju.

Semoga senarai harga baharu produk-produk prabayar Pos Laju dan Pos Ekspres bermanfaat kepada anda yang bercadang untuk mengepos barangan atau dokumen ke destinasi dalam Malaysia.