Permohonan Dan Semakan Kad Debit Siswa KADS1M

Pendaftaran dan semakan kad debit pelajar IPT (KADS1M Debit) 2018. Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) RM250 dalam bentuk Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kini telah digantikan dengan kad debit pelajar.

Ia dilakukan dengan menambah fungsi kad debit kepada Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M). KADS1M yang dinaiktaraf ini dikenali sebagai Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit).

Berikut adalah maklumat mengenai permohonan dan semakan KADS1M / Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tahun 2018.


Permohonan Baharu KADS1M

Semua pelajar IPTA dan IPTS warganegara Malaysia layak memohon KADS1M Debit*. KADS1M Debit boleh dimohon secara online melalui Bank Rakyat. Sila layari:

http://www.bankrakyat.com.my/bppt

untuk menyemak prosedur permohonan BPPT/ BB1M/ KADS1M Debit secara atas talian.

Tarikh tutup permohonan baharu Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) secara atas talian di Portal Bank Rakyat adalah pada 31 Julai 30 Ogos 2018 (Khamis).

Secara ringkasnya, berikut adalah langkah-langkah cara memohon KADS1M Debit:


1. Menyemak Kelayakan BPPT

Pelajar yang ingin memohon KADS1M Debit hendak terlebih dahulu menyemak samada dia layak menerima BPPT/BB1M. Semakan status kelayakan BPPT boleh dibuat di pautan berikut:

http://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak

Masukkan nombor MyKad, sahkan captcha dan tekan butang “Semak”. Ia akan memaparkan status kelayakan BPPT/BB1M dan juga status pengkreditan BPPT iaitu samada wang bantuan RM250 telah dimasukkan ke dalam akaun KADS1M Debit pelajar.

Pelajar yang layak menerima BPPT boleh terus mengisi borang permohonan manakala pelajar yang tiada rekod hendaklah merujuk dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan masing-masing.


2. Mengisi Borang Permohonan BPPT / KADS1M Debit

Pelajar yang layak menerima BPPT boleh mengisi borang permohonan KADS1M Debit secara online di pautan ini:

http://www.bankrakyat.com.my/bppt/daftar

Setelah mengemukakan permohonan, pelajar perlu menunggu emel makluman dari Bank Rakyat sebelum memungut KADS1M Debit mereka. Pungutan boleh dibuat dengan membawa MyKad (asal dan salinan) dan student ID (asal dan salinan) ke mana-mana cawangan Bank Rakyat di Malaysia.

KADS1M Debit pelajar


Cara Guna Kad Debit Pelajar

KADS1M Debit berfungsi sepertimana kad debit biasa. Duit dalam akaun KADS1M Debit boleh:

  • Digunakan untuk sebarang transaksi pembelian. Ia tidak terbatas kepada pembelian buku, alat tulis, peralatan komputer dan akses internet sahaja sepertimana baucar BB1M.
  • Atau dicucuk keluar di mana-mana ATM Bank Rakyat.

KADS1M Debit melayakkan pelajar mendapat diskaun bagi pembelian di mana-mana kedai rakan dagang KADS1M.

*Terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dari Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan lain-lain kementerian yang ditentukan oleh KPDNKK.

Semoga maklumat mengenai permohonan KADS1M Debit ini berguna buat para pelajar IPT.

Click to go to top