Semakan Tawaran Dan Rayuan Tingkatan Enam 2019

Semakan Tingkatan 6 2019.Semakan keputusan tawaran kemasukan murid ke Tingkatan Enam Semester 1 2019 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018. Semakan boleh dibuat secara online dan SMS.

[Baharu] Semakan Tawaran Dan Rayuan Kemasukan Tingkatan Enam 2021


Semakan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2019


⦿ Semak Tawaran Tingkatan 6 Secara Online

Semakan tawaran kemasukan ke Form 6 bagi sesi tahun 2019 boleh dibuat mulai tarikh 16 April 2019 sehingga 16 Mei 2019. Semakan secara online boleh dibuat melalui aplikasi Semakan Tawaran Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di laman sesawang berikut:

https://sst6.moe.gov.my


⦿ Semak Tawaran Tingkatan 6 Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan status tawaran tingkatan 6 akan diaktifkan bermula jam 12:01 tengahari pada tarikh keputusan permohonan diumumkan.

Berikut adalah cara membuat semakan tawaran tingkatan enam melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MOE<jarak>T6<jarak>[No KP atau Angka Giliran]

    Contoh: MOE  T6  990325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Bagi calon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat tawaran mesti dicetak segera dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 2 Mei 2019.


Rayuan Kemasukan ke Tingkatan 6

Calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan bermula pada 16 April 2019 sehingga 24 Mei 2019.

Borang Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Enam (T6BRU) serta panduan mengisi borang boleh dimuat turun di sini.


⦿ Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6

Tarikh semakan keputusan permohonan e-rayuan akan dikemaskini bila ia diumumkan nanti. Semakan keputusan rayuan kemasukan murid ke Tingkatan 6 boleh di buat di pautan berikut:

https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuanT6/


Maklumat Tambahan Kemasukan Tingkatan 6 2019

  • Calon yang sedang menunggu keputusan tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
  • Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2019, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2020.

Semoga berjaya dan good luck!