Koleksi Soalan Percubaan Kimia SPM 2020, 2019, 2018

Koleksi soalan percubaan Kimia SPM semua negeri. Berikut adalah himpunan kertas soalan peperiksaan percubaan (trial papers) berserta skema jawapan untuk subjek Kimia (Chemistry) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari setiap negeri bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

Selain soalan-soalan percubaan negeri, kami juga mengumpul soalan-soalan percubaan SPM dari SBP dan MRSM dan juga soalan-soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas.

Soalan Trial Kimia SPM + Skema Jawapan

Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM Kimia dari setiap negeri disenaraikan di bawah. Sila klik pada pautan soalan/jawapan untuk paparan atau muat turun. Senarai kertas soalan dan skema jawapan trial SPM 2018, 2019 dan 2020 bagi mata pelajaran Chemistry ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

Senarai Soalan Percubaan Kimia SPM 2020

Soalan Percubaan Kimia SPM 2019

Soalan Percubaan Kimia SPM 2018

soalan percubaan trial Kimia Chemistry SPM

Format Dan Pemarkahan Kimia SPM

Subjek Kimia SPM terbahagi kepada tiga kertas iaitu Kertas 1 (kod 4541/1), Kertas 2 (kod 4541/2) dan Kertas 3 (kod 4541/3).

  • Kimia Kertas 1 (4541/1) mengandungi 50 soalan objektif aneka pilihan dan aneka gabungan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dan masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 15 minit. Markah penuh Kertas 1 ialah 50 markah.
  • Kimia Kertas 2 (4541/2) mengandungi soalan-soalan subjektif yang perlu dijawab dalam masa 2 jam 30 minit. Markah penuh keseluruhan kertas ini ialah 100 markah. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian, seperti berikut:
    1. Bahagian A: Mengandungi 6 soalan berstruktur. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Jumlah markah maksimum untuk bahagian ini ialah 60 markah.
    2. Bahagian B: Mengandungi 2 soalan esei. Calon dikehendaki menjawab mana-mana 1 soalan. Jumlah markah maksimum untuk bahagian ini ialah 20 markah.
    3. Bahagian C: Mengandungi 2 soalan esei. Calon dikehendaki menjawab mana-mana 1 soalan. Jumlah markah maksimum untuk bahagian ini ialah 20 markah.
  • Kimia Kertas 3 (4541/3) mengandungi 3 soalan subjektif yang melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal. Calon dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan dalam masa 1 jam 30 minit. Markah penuh Kertas 3 ialah 50 markah.

Semoga kompilasi soalan-soalan trial Kimia SPM dari seluruh negara ini dapat membantu para pelajar mengulangkaji dan melakukan latih tubi dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Penafian: Fail-fail kertas soalan dan jawapan peperiksaan percubaan SPM di atas tidak dimuat naik, tidak dihoskan dan tidak dimiliki pihak malaysiatercinta.com. Kami hanya memaut kepada sumber-sumber sedia ada di internet. Kredit kepada sumber dan uploader asal.