Koleksi Soalan Percubaan Fizik SPM 2020, 2019, 2018

Koleksi soalan percubaan Fizik SPM semua negeri. Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan (trial papers) berserta skema jawapan untuk subjek Fizik (Physics) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari setiap negeri bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

Selain soalan-soalan percubaan SPM negeri, kami juga mengumpul soalan-soalan percubaan SPM dari SBP dan MRSM dan juga soalan-soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas.

Soalan Trial Fizik SPM + Skema Jawapan

Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM Fizik dari setiap negeri disenaraikan di bawah. Sila klik pada pautan soalan / skema jawapan untuk paparan atau muat turun. Senarai kertas soalan dan skema jawapan trial SPM 2018, 2019 dan 2020 bagi mata pelajaran Physics ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

Senarai Soalan Percubaan Fizik SPM 2020

Soalan Percubaan Fizik SPM 2019

Senarai Soalan Percubaan Fizik SPM 2018

soalan percubaan trial Fizik Physics SPM

Format Dan Pemarkahan Fizik SPM

Subjek Fizik SPM terdiri daripada tiga kertas iaitu Kertas 1 (kod 4531/1), Kertas 2 (kod 4531/2) dan Kertas 3 (kod 4531/3).

  • Fizik Kertas 1 mengandungi 50 soalan objektif aneka pilihan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dan masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 15 minit. Markah penuh Kertas 1 ialah 50 markah.
  • Fizik Kertas 2 merupakan ujian subjektif yang perlu dijawab dalam masa 2 jam 30 minit. Markah penuh keseluruhan kertas ini ialah 100 markah. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
    1. Bahagian A: Mengandungi 8 soalan berstruktur. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Markah penuh untuk bahagian ini ialah 60 markah.
    2. Bahagian B: Mengandungi 2 soalan esei. Calon dikehendaki menjawab mana-mana 1 soalan. Markah penuh untuk bahagian ini ialah 20 markah.
    3. Bahagian C: Mengandungi 2 soalan esei. Calon dikehendaki menjawab mana-mana 1 soalan. Markah penuh untuk bahagian ini ialah 20 markah.
  • Fizik Kertas 3 merupakan ujian amali bertulis. Ia mengandungi soalan-soalan subjektif yang melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal. Calon dikehendaki menjawab kedua-dua soalan di Bahagian A dan satu daripada dua soalan di Bahagian B. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit. Markah penuh Kertas 3 ialah 40 markah.

Semoga kompilasi soalan-soalan trial Fizik SPM dari seluruh negara ini dapat membantu para pelajar mengulangkaji dan melakukan latih tubi dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Penafian: Fail-fail kertas soalan dan jawapan peperiksaan percubaan Fizik SPM di atas tidak dimuat naik, tidak dihoskan dan tidak dimiliki pihak malaysiatercinta.com. Kami hanya memaut kepada sumber-sumber sedia ada di internet. Kredit kepada sumber dan uploader asal.