Kalendar Peperiksaan STPM 2020 [Terkini]

Berikut adalah Kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) untuk tahun 2020 sepertimana diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

STPM merupakan peperiksaan pra universiti di Malaysia anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Sijil STPM adalah setaraf dengan A-level dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini bermakna, para pelajar lulusan STPM bukan sahaja boleh melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan, malahan diterima masuk ke kebanyakan universiti luar negara.

[24 April 2020] Tarikh-tarikh peperiksaan STPM 2020 telah diubah berikutan wabak COVID-19.

Jadual/Kalendar Peperiksaan STPM 2020

Jadual ini mengandungi tarikh pendaftaran peperiksaan dibuka, tarikh pendaftaran ditutup, tarikh ujian lisan Bahasa Arab dan tarikh peperiksaan bertulis bagi setiap semester serta ulangan.

Sila rujuk gambar jadual di bawah untuk perincian. Semua tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia.

  • STPM Semester 1 (2019)
    • Peperiksaan bertulis: 14, 18, 19 dan 20 November 2019
  • STPM Semester 2 (2020)
    • Pendaftaran dibuka: 13 Mei - 22 Julai 2020
    • Peperiksaan bertulis: 6, 12, 13 dan 14 Mei 2020 (Dipinda ke bulan Ogos 2020)
  • STPM Semester 3 (2020)
    • Pendaftaran dibuka: 13 Mei - 22 Julai 2020
    • Ujian lisan Bahasa Arab: 29, 30 September dan 1, 5, 6 & 7 Oktober 2020
    • Peperiksaan bertulis: 3, 4, 5, 9 dan 10 November 2020 (Dipinda ke suku tahun pertama 2021)
  • STPM Ulangan Semester 1 (2020)
    • Pendaftaran dibuka: 6 April - 12 Jun 2020
    • Peperiksaan bertulis : 18, 19, 23 dan 24 November 2020 (Tertakluk pada arahan PKP)
  • STPM Ulangan Semester 2 (2020)
    • Pendaftaran dibuka: 5 - 16 Ogos 2020
    • Peperiksaan bertulis: 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020 (Dipinda ke suku tahun pertama 2021)
  • Tarikh terperici peperiksaan bertulis akan dimaklumkan kemudian. Tertakluk pada arahan PKP.

kalendar peperiksaan STPM 2020

Jadual terkini STPM 2020 yang disiarkan MPM

Nota:

  1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
  2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada Semester 1.
  3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2019 boleh mendaftar pada Semester 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi Semester 1 dan Semester 2 sekaligus pada Semester 3.
  4. Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2019 boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:
    • Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
    • Jika calon memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM tersebut.(Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2020 tentang Pendaftaran Lewat).
  5. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2020 tentang Pendaftaran Lewat).
  6. Permohonan semak semula keputusan dibuka selama 7 hari bermula daripada keputusan peperiksaan Semester 1, Semester 2, dan Semester 3 dimuat naik.
  7. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1664/1665.

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

    Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mgm.edu.my

Fail pdf kalendar peperiksaan STPM 2020 boleh dimuat turun di sini.

Semoga maklumat kalendar peperiksaan STPM 2020 ini berguna buat pelajar Tingkatan Enam yang akan menduduki peperiksaan ini nanti.