Jadual Siaran Langsung Dan Live Stream Piala FA 2022

Berikut adalah jadual perlawanan siaran langsung, live streaming dan keputusan perlawanan Piala FA Malaysia 2022. Jadual perlawanan yang mengandungi tarikh dan masa perlawanan, dan pasukan yang bertanding terbaharu akan dikemaskini sebaik sahaja maklumat diperolehi.

Juara Piala FA Malaysia 2022 akan diberi tempat dalam slot kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2023. Kedah FA merupakan juara bertahan (musim 2019). Piala FA untuk musim 2020 dan 2021 telah dibatalkan akibat Pandemik COVID-19.

34 pasukan akan bersaing untuk merebut Piala FA untuk musim 2022 ini. 12 pasukan adalah dari Liga Super, 7 pasukan dari Liga Premier dan 15 pasukan dari Liga M3.

Jadual Siaran Langsung, Live Score Dan Keputusan Piala FA

Semua perlawanan Piala FA 2022 akan disiarkan secara langsung menerusi unifiTV, aplikasi unifi PlayTV serta live stream menerusi channel YouTube unifi. Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula akan menyiarkan satu perlawanan terpilih setiap minggu.

Berikut adalah jadual, keputusan live score, serta maklumat saluran siaran langsung dan live streaming untuk perlawanan Piala FA 2022 yang terkini. Sila refresh page untuk paparan keputusan jaringan terbaharu.
(Live score dan keputusan perlawanan kami update mulai Pusingan Ketiga.)

Tarikh Masa Pasukan Yang Bertanding Saluran Siaran Langsung
PUSINGAN PERTAMA
31 Mac 2022 20:15 MELAKA UNITED FC vs PIB FC unifi tv, YouTube unifi
20:15 KUCHING CITY FC vs UITM FC unifi tv, YouTube unifi
21:00 PERAK FC vs KIJANG RANGERS FC unifi tv, YouTube unifi

Jadual Dan Keputusan live score result Piala FA 2022 live streaming

Jadual Lengkap Piala FA 2022

Untuk jadual rasmi terkini Piala FA Malaysia 2022 yang mengandungi butiran lengkap termasuk venue/lokasi perlawanan, sila layari Fixtures Piala FA di portal Malaysian Football League (MFL).

Semoga maklumat jadual dan keputusan Piala FA Malaysia 2022 ini bermanfaat buat para peminat bolasepak tanah air.

Entri berkaitan: