Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

|  1 comments

Kami singgah di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dalam perjalanan pulang Ke Kota Bharu dari Taiping. Muzium itu terletak di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Kota Tampan, Lenggong 2 km off Jalan Kuala Kangsar - Gerik.

Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2012. Di Lembah Lenggong tersimpan khazanah peradaban manusia yang tertua di luar benua Afrika. Ia dikatakan bermula sejak zaman Paleolitik atau Zaman Batu Lama  lagi, yakni sekitar 1.83 juta tahun yang lalu. Istimewanya tapak ini terdapat tinggalan kebudayaan arkeologi dari Zaman Paleolitik (Zaman Batu Lama), Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) dan juga Zaman Logam.

Tarikan utama di galeri ini semestinya Orang Perak atau Perak Man. Lelaki ini hidup di Lenggong sekitar 11,000 tahun dahulu. Kerangka Perak Man adalah satu daripada kerangka purba paling lengkap pernah ditemui di luar Afrika.

perak man

Replika Perak Man

Replika Perak Man dipamerkan dalam replika Gua Gunung Runtuh di mana dia ditemui sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1990.

perihal perak man

Pameran mengenai Perak Man

Di sini juga dipamerkan perkakas-perkakas purba daripada batu yang ditemui di Lembah Lenggong. Terdapat juga video show mengenai Perak Man.

artifak lembah lenggong

Kalau di tingkat bawah banyak mempamerkan artifak-artifak yang ditemui di Lembah Lengggong, di tingkat atas pula pameran  berkisar ke arah penerangan mengenai Lembah Lenggong selaku Tapak Warisan Dunia.

tingkat 2

Pameran di tingkat atas

Saya dapati pencahayaan di ruang pameran artifak di tingkat bawah (kecuali didalam replika Gua Gunung Runtuh) kurang sesuai. Cahaya di dalam ruang pameran (ambient light) terlalu terang, tiada aura muzium. Sepatutnya local lighting digunakan supaya cahaya lampu ditumpukan kepada artifak-artifak yang dipamer bukannya keseluruhan ruang pameran.

Ramai yang tak tahu wujudnya observation deck di celah-celah pokok kelapa sawit di atas bukit tidak jauh di belakang bangunan galeri. Dari observation deck empat tingkat ini kita boleh lihat kawasan sekeliling termasuk sungai Perak. Rugi kalau tak naik.

mendaki ke menara tinjau

Mendaki ke observation deck

atas observation deck

Berlatar-belakangkan Sungai Perak

Kalau anda belum pernah ke sini, setkan satu hari cuti untuk datang bersama keluarga.

Lokasi Galeri Arkeologi Lenggong

Hari & Masa Lawatan

  • Isnin - Ahad : 9.00 pagi - 5.00 ptg
  • Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengahari, 3.00 ptg - 5.00 ptg

More info: Laman Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

1 comments

Tanpa Nama

Tanpa Nama

27 November, 2013 19:34
Dulu memang ada plan nak ke sini, tapi tak kesampaian.
Anyway saya dah masukkan koordinat GPS dalam GPS navi, senang nak pegi pasni...

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel