Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Kami singgah di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dalam perjalanan pulang Ke Kota Bharu dari Taiping. Muzium itu terletak di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Kota Tampan, Lenggong 2 km off Jalan Kuala Kangsar - Gerik.
Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2012. Di Lembah Lenggong tersimpan khazanah peradaban manusia yang tertua di luar benua Afrika. Ia dikatakan bermula sejak zaman Paleolitik atau Zaman Batu Lama lagi, yakni sekitar 1.83 juta tahun yang lalu. Istimewanya tapak ini terdapat tinggalan kebudayaan arkeologi dari Zaman Paleolitik (Zaman Batu Lama), Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) dan juga Zaman Logam.
Tarikan utama di galeri ini semestinya Orang Perak atau Perak Man. Lelaki ini hidup di Lenggong sekitar 11,000 tahun dahulu. Kerangka Perak Man adalah satu daripada kerangka purba paling lengkap pernah ditemui di luar Afrika.
Replika Perak Man
Replika Perak Man dipamerkan dalam replika Gua Gunung Runtuh di mana dia ditemui sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1990.
Pameran mengenai Perak Man
Di sini juga dipamerkan perkakas-perkakas purba daripada batu yang ditemui di Lembah Lenggong. Terdapat juga video show mengenai Perak Man.
Kalau di tingkat bawah banyak mempamerkan artifak-artifak yang ditemui di Lembah Lengggong, di tingkat atas pula pameran berkisar ke arah penerangan mengenai Lembah Lenggong selaku Tapak Warisan Dunia.
Pameran di tingkat atas
Saya dapati pencahayaan di ruang pameran artifak di tingkat bawah (kecuali didalam replika Gua Gunung Runtuh) kurang sesuai. Cahaya di dalam ruang pameran (ambient light) terlalu terang, tiada aura muzium. Sepatutnya local lighting digunakan supaya cahaya lampu ditumpukan kepada artifak-artifak yang dipamer bukannya keseluruhan ruang pameran.
Ramai yang tak tahu wujudnya observation deck di celah-celah pokok kelapa sawit di atas bukit tidak jauh di belakang bangunan galeri. Dari observation deck empat tingkat ini kita boleh lihat kawasan sekeliling termasuk sungai Perak. Rugi kalau tak naik.
Mendaki ke observation deck
Berlatar-belakangkan Sungai Perak
Kalau anda belum pernah ke sini, setkan satu hari cuti untuk datang bersama keluarga.
Lokasi Galeri Arkeologi Lenggong
- GPS coordinates 5 3.265N 100 58.45E
Hari & Masa Lawatan
- Isnin - Ahad : 9.00 pagi - 5.00 ptg
- Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengahari, 3.00 ptg - 5.00 ptg
More info: Laman Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel