Cara Mengenali & Mencegah Aedes Dan Denggi

|  5 comments

Mengikut statistik terbaru dari laman web iDengue Kementerian Kesihatan Malaysia, Denggi telah mengorbankan 215 orang dalam pada tahun 2014 di Malaysia, meningkat 134 peratus berbanding tahun 2013.

Untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai wabak Denggi pembunuh ini, berikut adalah fakta-fakta mengenai nyamuk Aedes (sipembawa Denggi) dan demam Denggi, dan cara-cara mencegah pembiakan Aedes.


Fakta Mengenai Nyamuk Aedes dan Denggi

  • Terdapat dua jenis nyamuk Aedes: Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Pembawa Denggi yang utama di Malaysia ialah Aedes aegypti.
  • Nyamuk Aedes ialah binatang pembunuh manusia nombor satu.
  • Virus Denggi datang dari manusia, nyamuk Aedes cuma pembawanya.
  • Nyamuk Aedes mampu menjangkitkan Denggi (kepada orang sihat) selepas tujuh hari ia mengigit (mendapat virus dari) pesakit Denggi.
  • Gejala/simptom demam Denggi mula muncul bermula 3 hari sehingga 7 hari selepas gigitan.
  • Nyamuk yang menghisap darah ialah yang betina sahaja. Nyamuk jantan hisap madu :)
  • Cuaca panas membuat nyamuk Aedes cepat dewasa (dari 10 hari kepada 5 hari) dan membuat lebih banyak nyamuk betina di lahirkan.
  • Nyamuk boleh mengesan dan tertarik kepada karbon dioksida.
  • Nyamuk Aedes sukakan warna gelap. Oleh itu pakai pakaian berwarna cerah untuk elakkan gigitan Aedes.
  • Terdapat empat jenis virus Denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4).
  • 50-100 juta kes jangkitan Denggi baharu berlaku setiap tahun di seluruh dunia. 500,000 daripadanya adalah kes Denggi berdarah.


Ciri-ciri Nyamuk Aedes

aedes

  • Berbelang hitam putih pada badan dan kakinya.
  • Menggigit di waktu awal pagi dan senja.
  • Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
  • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.
  • Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 9 bulan.
  • Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak.
  • Jangkahayat seekor nyamuk Aedes betina ialah lebihkurang 1 bulan.
  • Setiap kali bertelur, ia akan mengeluarkan 60 hingga 100 biji telur, dan sepanjang hayatnya ia mengeluarkan 1000 biji telur.
  • Virus Denggi dalam ibu nyamuk Aedes akan diwarisi oleh anak-anaknya sehingga tujuh generasi!


Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Di Dalam Rumah:

  • Bekas jambangan bunga (vase)
  • Kolah mandi
  • Dulang perangkap air peti sejuk
  • Tangki simpanan air
  • Lain-lain bekas menyimpan air
  • Tangki pam tandas

Di Luar Rumah:

  • Tayar buruk
  • Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
  • Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
  • Palong hujan (roof gutter)
  • Tempurung kelapa, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi
nyamuk-Aedes


Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

Tiada vaksin untuk mencegah Denggi. Satu-satunya cara untuk mencegah Denggi ialah dengan menghalang pembiakan Aedes. Berikut adalah kaedah-kaedah mencegah pembiakan dan menghapuskan Aedes. Tiada Aedes Tiada Denggi.

  • Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul.
  • Tutup rapat semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (Abate) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
  • Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
  • Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.
  • Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol).
  • Tutup saluran overflow tangki pam tandas.

Rujukan Aedes dan denggi:

5 comments

Tetamu Istimewa

Tetamu Istimewa

28 Februari, 2014 17:09
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

01 Mac, 2014 19:39
@Balasan Ya betul, lebih-lebih lagi dalam kes Denggi berdarah sebab ia boleh membawa maut.
ohcikgu

ohcikgu

04 Mac, 2014 21:39
jangan biarkan air bertakung. lagi-lagi kalau lepas hujan.
Surau al-Jamaiyah

Surau al-Jamaiyah

19 Mac, 2014 16:05
Baru-baru ini saya berborak dengan seorang lelaki lewat 30an di sebuah hospital kerajaan yang menemankan isterinya ke sana kerana demam denggi. Dia memberitahu yang dia pun baru saja disahkan menghidap denggi minggu sebelumnya.

Dia juga menambah bahawa zaman sekarang ni, kalau demam saja cepat-cepatlah ke klinik atau hospital dan elakkan menggunakan panadol. Dikhuatiri demam kita itu adalah gejala awal denggi. Mudah-mudahan kedua mereka dapat segera sembuh.

Sekarang ni kan musim kemarau tapi kenapa kes denggi makin meningkat?
Unknown

Unknown

19 Julai, 2016 22:48
Mariah kita sama-sama mencagah nyamuk aedes (jahat betol) (~_^)

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel