Cara Mainkan Video YouTube Dalam Slow (atau Fast) Motion

|  5 comments

Sekarang anda sudah boleh memainkan video YouTube dengan kelajuan yang lebih perlahan atau laju dari biasa. Opsyen untuk mengubah kelajuan playback ini hanya wujud sekiranya anda memainkan video menggunakan player YouTube HTML5. Terdapat 5 pilihan kelajuan iaitu 0.25X, 0.5X, Normal, 1.5X dan 2X.

Klik Settings (ikon gear) pada video dan lihat samada wujud submenu "Speed". Sekira tiada ini adalah kerana anda menggunakan default player iaitu player yang berasaskan Flash.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menukar player YouTube daripada player asal berasaskan Flash kepada player HTML5, dan seterusnya menukar kelajuan playback video YouTube anda:

  1. Pergi ke youtube.com/html5 dan klik butang "Request the HTML5 player" berwarna biru untuk bertukar kepada player HTML5. (Anda boleh menukar kembali ke flash-based player pada bila-bila masa).
  2. Refresh video and sekarang anda sepatutnya dapat melihat opsyen "Speed" di dalam Settings, sepertimana gambar di bawah: youtube-slow-motion
  3. Pilih kelajuan selain "Normal" dan lihatlah perbezaannya. Cuba test dengan video Raja Lawak Mega 2013 Akhir, agaknya masih kelakar ke kalau play laju/perlahan?

Nota: Buat masa ini tak semua video di sokong oleh player HTML5.

5 comments

Unknown

Unknown

13 Februari, 2014 16:18
Thanks for sharing. Anak ambe suka main ngan setting tuh...lepas tu dia record sendiri. Hehehe
Admin

Admin

15 Februari, 2014 04:07
owh ade teknologi baru youtube ea. baru tau. nice one!
Kyrul Nizam

Kyrul Nizam

29 September, 2014 11:39
Menarik ni.. baru taw ada function ni..

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel