Buat Duit Di iLancee.com

|  8 comments

iLancee adalah online marketplace di mana penjual dan pembeli bertemu dan berurus niaga. Anda boleh buat duit di iLancee.com dengan menawarkan produk atau servis (dipanggil gig). Dalam masa yang sama orang lain boleh mendapatkan perkhidmatan yang mereka mahu dengan bayaran serendah RM5.

Mekanismanya berbeza sedikit dengan Buat Duit Dengan Jobdirumah, tapi matlamatnya sama -buat duit secara online.

Di iLancee.com, ahli yang memerlukan gig berurusan secara terus dengan ahli yang menawarkan gig tersebut, tanpa sebarang campurtangan pihak iLancee. iLancee hanya menyediakan platform jual beli servis dan mengambil sedikit komisen untuk setiap urusniaga, tidak lebih dari itu.

Buat Duit Di iLancee

Pelbagai kategori servis untuk buat duit di iLancee.com

Konsepnya lebihkurang sama dengan Fiverr, cuma iLancee ni berbahasa Melayu dan fokus buat pengguna internet di Malaysia.

Terdapat banyak gig yang ditawarkan di iLancee, termasuk kerja-kerja pengiklanan, rekabentuk grafik, buat ebook, servis SEO, muzik dan video, programming, penulisan artikel dan banyak lagi.


Tips untuk buat duit di iLancee.com

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda menjana pendapatan di iLancee.com:

  • Tawarkan perkhidmatan / servis berdasarkan kemahiran anda. Jangan tawarkan servis semata-mata kerana ianya popular. Buat apa yang anda mahir, pelanggan akan berpuashati dan akan datang balik.
  • Buat tajuk dan gunakan gambar yang menarik untuk setiap gig yang anda tawarkan. Tajuk hendaklah lain dari yang lain dan gambar pula hendaklah unik dan beresolusi tinggi. Matlamat utama tajuk dan gambar menarik ialah supaya orang klik iklan anda. Gig yang paling hebat, paling murah sekalipun tiada maknanya kalau orang tak klik.
  • Respond immediately. Hubungi pelanggan seberapa segera yang mungkin. Jangan biarkan pelanggan ternanti-nanti. Tunjukkan anda serius dalam bisnes ini. Jangan buat acuh tak acuh kalau nak berjaya.
  • Jangan tamak. Jika ada gig yang diluar kemampuan atau kemahiran anda, cakap terus terang dengan pelanggan. Menerima kerja, tapi lepas tu terlepas deadline hanya akan memburukkan reputasi anda.
  • Jika boleh berikan servis atau produk extra kepada pelanggan. Jangan kedekut. Duit yang dapat mungkin berkurang, tapi yang penting pelanggan mungkin datang balik untuk repeat business atau mengesyorkan bisnes anda kepada rakan-rakan mereka.

iLancee.com memberi peluang samarata kepada sesiapa sahaja untuk  buat wang secara online tanpa memerlukan modal. Yang penting anda mempunyai minat, kemahiran dan berani mencuba. Langkah pertama untuk buat duit online di iLancee.com ialah dengan mendaftar untuk menjadi ahli. Pendaftaran adalah percuma, jadi anda tidak akan rugi apa-apa. Daftar di iLancee sekarang!

Artikel ini adalah merupakan penyertaan malaysiatercinta.com dalam peraduan "Buat Duit Di iLancee.com".

Contest ini telah dianjurkan oleh iLancee.com, ditaja oleh Buatduitblog.com, SeriusMedia.com, Sensasi2020.com, FaizAlias.com.

8 comments

KamilSalleh

KamilSalleh

26 November, 2014 21:42
Servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh iLancee,com amat menarik. Ini cara buat duit di iLancee.com sangat baik dan semua blogger boleh berikan tawaran servis dan perkhidmatan bagi mendapatkan pendapatan sampingan.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

27 November, 2014 15:29
@Balasan Kalau servis bagus, reputasi pun bagus.
Azzahairi

Azzahairi

29 November, 2014 22:31
Servis dan perkhidmatan yang di sediakan iLancee ni memang boleh pergi lebih jauh. Rugi bagi sesiapa yang ada kepakaran tetapi tidak menggunakan iLancee untuk tawarkan servis :-)
Admin

Admin

02 Disember, 2014 02:07
Tahniah kerana menang kontest seo buat duit di ilancee.com
Tanpa Nama

Tanpa Nama

04 Disember, 2014 07:55
mata duitan...baru 4dis dah tak sabar...melenting nak duit....sokong kerajaan ke abg oiii?
farahIDP:539857

farahIDP:539857

04 Disember, 2014 17:03
salam 1 malaysia semua, alhamdulillah sy dah register online di ebrim. terima kasih kerjaan.
saya ingin perkenalkan SIMkad handfon terbaik di Malaysia iaitu SIMkad TONE EXCEL.
ia jimat, yg pertama ade cashback & pertama mampu jana PENDAPATAN SAMPINGAN. bole layari www.toneexcel, email sy farah.toneexcel@yahoo.com atau watsapp sy 0122803380 terima kasih!!
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

04 Disember, 2014 19:08
@Balasan Terimakasih dan tahniah juga untuk HasrulHassan.com kerana dapat tempat pertama.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel