Pendaftaran Peperiksaan SPM(U) Dan SPM Persendirian 2015

Menurut makluman Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] dan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) [SPM (U)] tahun 2015 adalah pada 1 hingga 31 Mac 2015.

Pendaftaran hendaklah dibuat secara manual di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri yang terdekat.

Borang pendaftaran SPM(U) dan SPM Persendirian 2015 boleh dimuat turun daripada di pautan berikut:

Nota: Peperiksaan SPM(U) 2015 hanya melibatkan maksima 3 subjek iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Ia dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 11 Jun 2015 (sila rujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM(U) 2015).

Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan dan kiriman wang hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 31 Mac 2015. Permohonan lewat tidak akan dilayan.

Click to go to top