Semak Baki Pinjaman PTPTN Melalui SMS

|  2 ulasan

Buat penuntut IPTA dan IPTS yang dibiayai oleh pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kini anda boleh membuat semakan berkaitan pinjaman PTPTN dengan pantas dan mudah, iaitu melalui SMS menggunakan telefon mudah alih.

Semakan boleh dibuat menggunakan perkhidmatan mySMS. Setiap SMS yang dihantar akan di caj RM 0.15 dan RM 0.20 untuk penerimaan.


Cara Semak Baki PTPTN Melalui SMS

Berikut adalah cara menyemak baki pinjaman PTPTN melalui perkhidmatan mySMS 15888:

Semakan check baki pinjaman PTPTN online

  1. Taipkan:

    PTPTN<jarak>BAKI<jarak>[No Kad Pengenalan]<jarak>[No Pin]

    Contoh: PTPTN  BAKI  901114035243  123456

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk dapatkan nombor pin / nombor pinjaman 6 digit, sila hubungi PTPTN melalui Akaun Twitter rasmi PTPTN di twitptptn atau talian hotline PTPTN 03-20804455.


Semakan Lain Berkaitan Pinjaman PTPTN

Selain daripada baki pinjaman PTPTN, mySMS 15888 juga membolehkan anda membuat beberapa semakan lain yang berkaitan dengan pinjaman PTPTN. Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai semakan dan format SMS.

semakan pinjaman PTPTN melalui SMS

Jenis Semakan Mesej
Semak Baki Pembiayaan Ujrah dan Pinjaman Konvensional PTPTN  BAKI  [No KP]  [No Pin]
Semak Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN  WPP  [No KP]

Semak Baki Simpanan SSPN-i

PTPTN  SSPN  [No Akaun]

Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i

PTPTN  SSPN  CUKAI  [No KP]

Setiap SMS yang dihantar akan di caj RM 0.15 dan setiap penerimaan akan dicaj RM 0.20.

Semoga info ini berguna buat peminjam-peminjam PTPTN dalam membayar balik hutang pembiayaan PTPTN mereka.

Anda juga boleh membuat semakan pinjaman PTPTN menggunakan perkhidmatan myUSSD.

    2 ulasan

    Noriza Rahman Momma Vogue

    Noriza Rahman Momma Vogue

    12 Jun, 2015 20:10
    Kenapa saya buat untuk permohonan no pin tak boleh ni..pelik sebab dia mentioned no 33199 tu dah tak aktif..
    Boy

    Boy

    22 Jun, 2015 16:55
    Terima kasih atas perkongsian admin. Lepas ni mudah nak semak baki PTPTN
    Ulasan baru tidak dibenarkan.
    Click to go to top