Permohonan Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional 2017

|  1 ulasan

Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2017 secara online. Dimaklumkan bahawa permohonan online untuk kemasukan ke Tingkatan 4 di Kolej Vokasional (KV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi ambilan Januari 2017 telah di buka bermula 11 Oktober 2016.


Cara Memohon Kemasukan Kolej Vokasional dan SM Teknik

Kepada murid yang memenuhi syarat dan kelayakan bolehlah memohon secara online melalui laman web Permohonan Kemasukan Murid ke Kolej Vokasional dan SM Teknik, di alamat berikut.

https://sptv.moe.gov.my/

Masukkan nombor MyKad / kad pengenalan untuk mengakses borang permohonan.


Syarat-syarat Umum Permohonan ke KV dan SMT

Di antara syarat-syarat kelayakan umum untuk memohon ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Tingkatan 3 tahun 2016
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas daripada penyakit kronik
  • Bebas daripada masalah mental
  • Tidak rabun warna / buta warna

Sila layari laman web di atas untuk mendapat maklumat lanjut mengenai syarat-syarat spesifik kemasukan ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik, dan juga maklumat tentang institusi-institusi yang terlibat, kursus-kursus yang ditawarkan, info kursus, carta alir dan panduan mengisi borang permohonan.

https://sptv.moe.gov.my/

permohonanKVdanSMT7


Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2017 dibuka mulai 11 Oktober 2016 dan akan ditutup pada 20 25 Disember 2016 pukul 11:59 malam.


Semakan Keputusan Permohonan ke KV dan SMT

Calon boleh menyemak tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2017 mulai 19 Januari hingga 24 Januari 2017.

Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia di nombor telefon 03-80008000.

1 ulasan

amie mirae

amie mirae

11 Oktober, 2015 16:22
nak laman web untuk kemasukan pelajar tingkatan 3 2015 untuk ke kv

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top