Permohonan Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional 2018

|  2 comments

Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2018 secara online. Dimaklumkan bahawa permohonan online untuk kemasukan ke Tingkatan 4 di Kolej Vokasional (KV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi ambilan Januari 2018 telah di buka bermula 10 Oktober 2017.

[Terkini] Semakan keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2018 boleh dibuat secara online mulai 15 Januari 2018.


Cara Memohon Kemasukan Kolej Vokasional dan SM Teknik

Kepada murid yang memenuhi syarat dan kelayakan bolehlah memohon secara online melalui laman web Permohonan Kemasukan Murid ke Kolej Vokasional dan SM Teknik, di alamat berikut.

https://sptv.moe.gov.my/

Masukkan nombor MyKad / kad pengenalan untuk mengakses borang permohonan.


Syarat-syarat Umum Permohonan ke KV dan SMT

Di antara syarat-syarat kelayakan umum untuk memohon ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Tingkatan 3 tahun 2017
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas daripada penyakit kronik
  • Bebas daripada masalah mental
  • Tidak rabun warna / buta warna

Sila layari laman web di atas untuk mendapat maklumat lanjut mengenai syarat-syarat spesifik kemasukan ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik, dan juga maklumat tentang institusi-institusi yang terlibat, kursus-kursus yang ditawarkan, info kursus, carta alir dan panduan mengisi borang permohonan.

https://sptv.moe.gov.my/

permohonanKVdanSMT7


Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2018 dibuka mulai 10 Oktober 2017 dan akan ditutup pada 20 Disember 2017 pukul 11:59 malam.


Semakan Keputusan Permohonan ke KV dan SMT

Calon boleh menyemak tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2018 mulai 15 Januari hingga 22 Januari 2018.

Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia di nombor telefon 03-80008000.

2 comments

Unknown

Unknown

11 Oktober, 2015 16:22
nak laman web untuk kemasukan pelajar tingkatan 3 2015 untuk ke kv
Unknown

Unknown

01 Disember, 2018 08:36
Ingin mencapai kejayaan dan membalas budi ibu bapa

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel