Semakan Keputusan Matrikulasi 2019/2020

Semakan keputusan permohonan dan rayuan ke Matrikulasi 2019/2020 untuk pelajar B40. Keputusan calon yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM sesi 2019/2020 akan diumumkan pada 17 Jun 2019.

Hebahan ini adalah untuk tawaran baharu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang telah membuat permohonan dan juga pernah mengemukakan rayuan mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2019/2020.


Tarikh Semakan Matrikulasi 2019

Semakan calon berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dibuat mulai 17 Jun 2019.


Semakan Tawaran Matrikulasi Secara Online

Semakan atas talian boleh dibuat melalui laman Aplikasi Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi yang disediakan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), di pautan berikut:

https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm


Semakan Tawaran Matrikulasi Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan tawaran ke program Matrikulasi KPM ambilan 2019 adalah seperti berikut:

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan permohonan Matrikulasi KPM melalui perkhidmatan mySMS:

  1. Taipkan:

    MOE<jarak>MAT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MOE  MAT  990325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Pemohon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi akademik 2019/2020, perlu mencetak sendiri dokumen-dokumen berikut untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi masing-masing pada tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran:

  1. Surat Tawaran
  2. Panduan pendaftaran pelajar
  3. Maklumat peribadi pelajar
  4. Akuan persetujuan ibubapa/penjaga & kesihatan pelajar
  5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  6. Borang Perjanjian pelajar (dua salinan)

Sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk sebarang pertanyaan.

Semoga berjaya dan good luck!