Kalendar Islam 2017 Masihi / 1438 - 1439 Hijrah

Berikut adalah kalendar atau takwim Islam dan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2017 Masihi / 1438-439 Hijrah bagi Malaysia.

[Updated] Kalendar ini telah dikemaskini dengan perubahan tarikh 1 Muharram dari 21 September kepada 22 September 2017, sepertimana diumumkan JAKIM.

[Baharu] Kalendar Islam 2018 Masihi / 1439-1440 Hijrah

Kalendar Hijriah ialah kalendar lunar/qamariah, yang dikira berdasarkan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.

Ini berbeza dengan kalendar Masihi yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari (kalendar solar atau syamsiah). Satu tahun Masehi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.


Kalendar/Takwim Islam Malaysia 2017

Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalender Masehi/Miladiah (tulisan biru) dan kalendar Hijriah (tulisan merah). Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Kalendar Islam Masihi-Hijrah 2017M 1438-1439H

Legend: S=Sabtu, A=Ahad, I=Isnin, T=Selasa, R=Rabu, K=Khamis, J=Jumaat


Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2017 Bagi Malaysia

Tarikh Hijri Tarikh Masihi / Miladi Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 1438 24 April 2017 Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1438* 27 Mei 2017 Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 1438 12 Jun 2017 Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1438* 25 Jun 2017 Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 1438 23 Ogos 2017 Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1438* 1 September 2017 Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 1439 22 September 2017 Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1439 1 Disember 2017 Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)

* Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber : Takwim Hijri yang disediakan Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail pdf boleh dimuat turun di sini.