Harga Lesen Memandu Kereta Motor Terkini

Harga lesen memandu kereta dan motor 2022. Berikut adalah senarai kadar bayaran yang ditetapkan bagi permohonan dan pembaharuan (renew) semua jenis lesen memandu, dan juga perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan lesen memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Senarai ini adalah untuk harga perlesenan, bukan harga belajar untuk mendapatkan lesen. Untuk harga belajar untuk mendapatkan lesen memandu di institut memandu, anda boleh menghubungi mana-mana sekolah/institut memandu.

Harga Lesen L / Lesen Belajar Memandu (LDL)

Lesen Belajar Memandu (Learner's Driving License) - LDL membolehkan seseorang belajar memandu di bawah pengawasan guru memandu. Lesen Belajar Memandu lebih dikenali sebagai lesen "L".

Berikut adalah senarai jenis dan harga Lesen L:

Jenis Lesen Kadar Bayaran (RM) Tempoh
Kelas A 2 3 / 6 bulan
Kelas B2 (tunggal) 2 / 4 3 / 6 bulan
Kelas B/C 20 / 40 3 / 6 bulan
Kelas D dan lain-lain 30 / 60 3 / 6 bulan

Permohonan Lesen L boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ dan kiosk-kiosk eKhidmat. Manakala pembaharuan boleh dilakukan di JPJ Negeri / cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia.

Harga Lesen P / Lesen Percubaan (PDL)

Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License) - PDL adalah lesen untuk pemandu baru yang telah lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu JPJ. Lesen percubaan lebih dikenali sebagai lesen "P".

Berikut adalah senarai jenis dan harga Lesen P:

Jenis Lesen Kadar Bayaran (RM) Tempoh
Kelas A/A1 2 2 tahun
Kelas B2 (tunggal) 2 2 tahun
Kelas B/C 40 2 tahun
Kelas D/DA/E/F/G/H/I 60 2 tahun

Permohonan Lesen Percubaan P boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan cawangan sahaja.

harga lesen memandu kereta motor terkini

Harga Lesen Penuh / Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License) - CDL adalah lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun.

Berikut adalah senarai jenis dan harga Lesen CDL:

Jenis Lesen Kadar Bayaran (RM) Tempoh
Kelas A/A1 2 1 tahun
Kelas B2 (tunggal)/B/C 20 1 tahun
Kelas D/E/F/G/H/I 30 1 tahun

Penukaran lesen percubaan P kepada lesen penuh hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Negeri dan cawangan sahaja.

Pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia.

Lesen Memandu Vokasional

Lesen Memandu Vokasional (GDL dan PSV) adalah lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan komesial seperti lori dan van muatan barang, dan kenderaan perkhidmatan awam seperti bas, teksi dan van penumpang.

Berikut adalah senarai jenis dan harga Lesen Memandu Vokasional:

Jenis Lesen Kadar Bayaran (RM) Tempoh

Lesen Memandu Kenderaan Barang-barang (Goods Vehicle Driving License) - GDL

Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle Licence) - PSV

Lesen Konduktor

20 1 tahun


Lain-lain Perkhidmatan Berkaitan Lesen Memandu

Perkhidmatan Kadar Bayaran (RM) Tempoh
Permit Memandu Antarabangsa (IDP) 150 1 tahun
Salinan Lesen Memandu 20 -
Cabutan Maklumat Lesen Memandu 10 -
Pindaan Maklumat Lesen Memandu 10 -
Tambah Kelas Lesen Memandu 5 -

Permohonan lesen memandu vokasional boleh dibuat di pejabat JPJ Negeri atau cawangan sahaja. Manakala pembaharuan boleh dilakukan di JPJ Negeri / cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ.

Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui, akan terbatal secara automatik sekiranya:

  • Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
  • Lesen Memandu Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.

Semoga info mengenai harga lesen memandu ini bermanfaat kepada pembaca yang ingin memohon atau renew lesen memandu.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan perlesenan pemandu, sila layari laman web JPJ.