Teks Penuh Ucapan Bajet 2017 Malaysia

|  0 comments

Belanjawan 2017 atau Bajet 2017 akan dibentang oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 21 Oktober 2016 di Parlimen.

Tema Bajet 2017 ialah "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh". Berikut adalah teks ucapan Bajet 2017:


Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2017 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.

Tuan Yang Dipertua,

BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A'iamin, Wa bihi Nastai'n.

1. Segala puji dan puja serta kalimah tasbih dipanjatkan ke hadrat Allah Hu Ta'ala di atas limpah kurnianya yang menghimpunkan kita sekali lagi pada petang Jumaat 21 haribulan Oktober 2016, bersamaan 20 haribulan Muharram 1438 Hijriah yang mulia ini, bagi maksud pembentangan sebuah lagi dokumen besar negara yakni Bajet 2017.

2. Demikianlah, tentunya kita memohon limpahan rahmat ke atas penghulu kami
Nabi Muhammad, dengan selawat sesempurna anugerah.

3. Wahai Tuhan Yang Maha Besar, sebaik-baik perancang, dipohon Taufik dan Hidayah serta nikmat bahagia yang berkekal-kekalan kepada hamba-hambaMu ini seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

4. Pada kesempatan ini, kita mengalu-alukan kembalinya sejumlah lebih 23,000 orang jemaah Haji ke tanah air dengan selamatnya. Didoakan semoga
semuanya telah memperoleh Haji yang mabrur. Insya-Allah.
Tuan Yang Dipertua,

5. Saban tahun sejak kurang lebih enam dekad lalu, belanjawan¬belanjawan atau bajet-bajet telah dipersembahkan.

6. Jika kita mengimbas sejarah, bermula dengan belanjawan kali pertama
pasca merdeka, di Parlimen pada tahun 1959, yang hanya berbekalkan peruntukan sebanyak RM888 juta, hinggalah Bajet 2017 ini, berperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion.

7. Dengan izin dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa jua, Kerajaan Perikatan, bertali-temali kini, sebagai Kerajaan Barisan Nasional, telah berjaya
mempertahan dan memperkekalkan pertumbuhan KDNK, pada purata enam peratus setahun, selama hampir 60 tahun berturut-turut.

Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tuan Yang Dipertua,

8. Bajet kali ini dengan diperuntukkan RM260.8 bilion, merupakan peningkatan
3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

9. Daripada jumlah ini, RM214.8 bilion adalah Perbelanjaan Mengurus dan RM46 bilion pula, untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

10. Di bawah Peruntukan Mengurus, RM77.4 bilion adalah untuk Emolumen, serta RM32 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan.

11. Manakala, 103.9 bilion ringgit untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula, diperuntukkan 691 juta ringgit, dan 816.6 juta ringgit lagi, untuk perbelanjaan lain.

Tuan Yang Dipertua,

12. Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 25.9 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.2 bilion ringgit. Sektor keselamatan mendapat 5.3 bilion ringgit, dan sektor pentadbiran am lebih 2.5 bilion ringgit.

13. Oleh itu, berdasarkan prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar 3 peratus iaitu kepada 219.7 bilion ringgit.

14. Selain itu,...sasaran Kerajaan untuk defisit fiskal 3 peratus daripada KDNK pada 2017, mudah-mudahan dapat dicapai, berbanding,... 3.1 peratus pada tahun ini.

15. Jadinya,...Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari, saya faham, angka dan nombor-nombor yang disebut barangkali tidak mudah difahami ramai.

16. Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan adalah, Kerajaan sentiasa komited untuk melaksanakan bajet yang terbaik melalui perbelanjaan berhemah, sekalipun,... kita berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Saudara dan saudari,

17. Maksud perbelanjaan berhemah oleh Kerajaan di sini, kalau hendak dipercontohkan dalam sesebuah keluarga, seorang bapa atau ketua keluarga harus bijak ,dalam menguruskan kewangan untuk keperluan seisi rumah.

18. Ertinya, jika dulu,... dapat dibelikan mainan yang agak mahal untuk anak-anak,... dalam keadaan sekarang,... beli tetap beli juga,... tetapi yang bersesuaian dengan kadar kemampuan.

19. Manakala, makan minum,... kalau sebelum mi boleh sedikit bermewah dan makan-makan di restoran mahal,... kini boleh bersederhana serta berjimat, barangkali di restoran-restoran berpatutan, namun tidak kurang enak makanannya.

20. Tambahan lagi, Malaysia dikenali sebagai `Syurga Makanan'.

21. Misalnya, dalam Amanat Merdeka baru-baru mi, saya telah memberi contoh makanan yang sedap dan harga pun boleh tahan, namun masih enak seperti Nasi Kandar Vanggey di Ipoh.

22. Terkini pula, saya dapat tahu,...telah viral tentang Nasi Lemak Anak Dara' di Shah Alam yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda dari Universiti tempatan...Kesiannnn katanya dah kena saman pulak.

23. Apa pun,... Kerajaan kini harap dan kita galakkan individu-individu terutamanya para graduan, yang ingin menjadi usahawan seperti mi didoakan agar terus berusaha dan berjaya.

Tuan Yang Dipertua,

24. Berbalik kepada Bajet 2017 mi,... kita ingin mengambil ibarat dan teladan daripada kisah-kisah di zaman Nabi Allah Yusof Alaihi Salam, bersempena Kitab Suci Al-Quran Surah 12, ayat-ayat 43 hingga 49, tentang perancan.gan tujuh tahun pertama dan persediaan, selanjutnya tujuh tahun cabaran niengekalkan keutuhan ekonomi negara.

25. Beriktibar daripada peristiwa bersejarah itu, merujuk kepada situasi yang berlaku kepada ekonomi negara kita, pada tahun 2008, yakni tujuh tahun lalu, Malaysia tidak terlepas daripada dilanda kelembapan ekonomi global.

26. Justeru, selepas dilantik sebagai Men.teri Kewangan, di bawah pimpinan Mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, berjumlah hampir tujuh bition ringgit, bagi merangsang kembali pertumbuhan ekonomi negara.

27. Sebenarnya, pakej pertama itu, merupakan langkah interim sahaja. Kemudiannya, kira-kira sebulan sebelum saya dilantik menjadi Perdana
Menteri pada Mac 2009, Pakej Rangsangan Kedua bernilai 60 bilion ringgit telah digerakkan.

28. Ternyata, langkah pro-aktif mi berjaya memangkin ekonomi negara yang lembap pada masa tersebut. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang, dengan pertumbuhan KDNK mencecah 7.4 peratus pada tahun 2010.

Tuan Yang Dipertua,

29. Alhamdulillah, rentetan daripada inisiatif-inisiatif pakej-pakej stimulus tersebut, dan tujuh bajet yang telah dilaksanakan, ekonomi kita stabil dan kekal berada di landasan positif.

Tuan Yang Dipertua,

30. Sesungguhnya, keadaan ekonomi global atau external economy masakini adalah tidak menentu dan berada di luar kawalan kita.

31. Pertumbuhan perlahan ekonomi antarabangsa berpunca, daripada kelembapan kesemua Kuasa-Kuasa Besar Ekon.omi Dunia secara serentak.

32. Sebab itulah, pertumbuhan KDNK dunia menurun daripada 3.2 peratus pada 2015, ke paras 3.1 peratus yang diunjurkan bagi tahun 2016.

33. Kendatipun begitu, kita amat bersyukur, pertumbuhan ekonomi kita masih kekal stabil dan sustainable bagi separuh pertama tahun ini.

34. Jelasnya, ekonomi negara terus berkembang pada 4.1 peratus dan kita yakin sasaran pertumbuhan 4 hingga 4.5 peratus bagi tahun 2016 dan 4 hingga 5 peratus pada 2017 akan tercapai, Insya-Allah.

35. Sesungguhnya jua, we are now on the right track kerana berani membuat membuat keputusan-keputusan yang tepat, sekalipun ia tidak popular.

36. Saya hendak nyatakan di sini, bahawa all those major and crucial decisions were deliberately done.

37. Bak kata pepatah Melayu, Menyediakan Payung Sebelum Hujan dengan mempasak dan memancang, foundation yang kukuh demi kedudukan jangka masa panjang kewangan dan ekonomi negara.

Tuan Yang Dipertua, Saudara dan Saudari sekalian,

38. Segalanya ini dicapai berkat kegigihan dan perancangan Kerajaan dengan menumpukan kepada beberapa dasar strategik, sejak tahun 2010.

39. Pertamanya: Mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan, terutamanya mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada sektor minyak dan gas sebanyak 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada, 14.6 peratus pada tahun

40. Hasil daripada mempelbagaikan ekonomi secara lebih meluas mi, pertumbuhan eko no mi negara dapat dipertahankan dan masih terpelihara, sungguhpun harga minyak telah merosot hampir 50 peratus.

41. Keduanya: Langkah berani Kerajaan memperkenalkan GST unt-uk meluaskan sumber pendapatan Kerajaan. Perlu kita sedar, hasil cukai langsun.g dari individu hanyalah terdiri daripada 2.1 juta pembayar sahaja, daripada 14.6 juta jumlah warga kerj a negara.

42. Tambahan pula, dengan kejatuhan harga minyak, dianggarkan Kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira 30 bilion ringgit setahun, daripada sumber cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen PETRONAS dan cukai petroleum.

43. Sedarilah, dengan adanya GST, Kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan.

Tuan Yang Dipertua,

44. Sukacita saya melaporkan, melalui GST sebanyak hampir 30 bilion ringgit telah berjaya dikutip setakat 19 Oktober 2016.

45. Apa yang pastinya, ingin saya tegaskan di sini,...janganlah percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap¬cakap kosong dan tidak benar sama sekali.

46. Langkah Ketiganya, Rasionalisasi Subsidi: Sebagai contoh, jika hendak dibandingkan bagi minyak, pada tahun 1995, masa itu subsidi hanyalah 123 juta ringgit. Jumlah mi hanya mewakili 0.24 peratus daripada bajet keseluruhan negara.

47. Kemuncaknya, pada tahun 2012, mencecah jumlah subsidi 24.8 bilion ringgit, atau 9.8 peratus daripada bajet keseluruhan negara.

48. Secara langsungnya, dasar subsidi pukal jelas membebankan kewangan negara dan menggalakkan ketirisan, dan kita telah ganti dengan subsidi bersasar, yang manfaatnya sampai kepada golongan yang benar-benar memeriukan bantuan.

Tuan Yang Dipertua,

49. Terbukti, melalui segala inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan mi, ekonomi kita berkembang secara mampan, dan kini, mengikut ukuran Purchasing Power Parity,... Malaysia telah menjadi sebuah negara upper middle income, mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia.

50. Maknanya, menurut KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia, telah meningkat daripada 23,100 dolar Amerika pada tahun 2012, kepada 26,891 dolar Amerika pada tahun 2015.

Tuan Yang Dipertua,

51. Pada sudut lain,... Kerajaan sedar tentang desas desus bahawa, para pelabur sekarang kononnya tidak lagi berkeyakinan dengan ekonomi Malaysia.

52. Perlu difahami, ekonomi sesebuah negara sangat berkait rapat dengan persepsi, sebabnya, tanpa keyakinan mana mungkin datangnya pelaburan untuk ekonomi digerakkan.

53. But, if our own people,.... undermine and sabotage our own economy, ibaratnya merudumkan rumah dan tanah air kita sendiri.

54. Justeru, perbuatan durjana oleh musuh-musuh luar apatah lagi tangan-tangan kotor dalam negara, yang tidak bertanggungjawab seperti mesti dihentikan!!!

Tuan Yang Dipertua,

55. Bagi kita,... Kerajaan Barisan Nasional, bak kata orang, sekalipun seribu panah tersusuk di badan,... seandainya sejuta luka terbenam diserang, demi rakyat Malaysia yang tercinta, dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, kita akan terus mara menjulang Malaysia ke hadapan.

Tuan Yang Dipertua,

56. Syukur Alhamdulillah, fakta-fakta telah membuktikan hakikat sebenarnya.

57. Misalnya, jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih 28 bilion ringgit. mi merupakan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

58. Ini,... tidak termasuk pelaburan domestik lebih 60 bilion ringgit.

59. Malah, semasa lawatan ke Jerman bulan lalu, pertemuan saya dengan komuniti perniagaan di sana, mereka menyatakan minat untuk terus kekal dengan pelaburan di sini, kerana yakin dengan dasar-dasar Kerajaan Malaysia yang jelas.

60. Contohnya, syarikat Osram telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion Euro, atau hampir 5 bilion ringgit.

61. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah mi adalah yang terbesar clan terkini di seluruh dunia.

62. Insya-Allah, minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakanlah agar lawatan mi akan membawa kejayaan yang lumayan untuk negara kita.

63. Terkini, menurut Kaushik Basu, Chief Economist and Senior Vice President of the World Bank,... as many nations suffer because of falling global commodity prices, Malaysia stands out for having transformed itself from a poor, commodity-exporting nation to a modern diversified economy.

Tuan Yang Dipertua,

64. Setiap kali bajet dibuat, ramai akan merujuk dan membahas kepada beberapa ayat penting dalam Al-Quran, antaranya Surah Al-Hasyr ayat 7, bahawa, janganiah harta itu beriegar di kalangan orang-orang kaya di antara kamu sahaja.

65. Saya telah merujuk kepada pandangan pakar dan alim ulama tentang perkara ini dan difahamkan bahawa tafsiran ayat ini perlulah dilihat dalam konteks yang lebih luas dan holistik.

66. Memetik huraian Imam Al-Mawardi, sesuatu pemberian atau peruntukan seperti bajet ini, kepada masyarakat adalah bersifat subjektif dengan mengambil kira keperluan dan maslahah semasa rakyat terbanyak.

67. Sesungguhnya, untuk menggubal sebuah bajet yang kompleks, bukanlah perkara enteng. Sebagai Kerajaan yang merasa denyut nadi rakyat, sepanjang beberapa bulan yang lalu, Kerajaan juga telah menerima ribuan idea daripada rakyat pelbagai lapisan dan kategori.

Tuan Yang Dipertua,

68. Bertapak dari itu, makanya Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan.

  • Satu: Kerajaan mi adalah Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa. Kepelbagaian etnik dan kemajmukan sebagai aset teras kemajuan dan pembangunan negara semenjak dulu, kini dan selamanya;
  • Kedua: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mementing dan
    memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan
    undang-undang serta keselamatan negara;
  • Ketiga: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan yang jitu;
  • Keempat: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang gigih berusaha, dengan arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik dan pelan pelaksanaan yang tersusun, efisyen lagi holistik. Indeed, this Government has delivered,.., we are still delivering and most importantly, we will continue to deliver.
    dan,...
  • Kelimanya: Kalau dalam bernegara, kita berpegang kepada ideologi kebangsaan yakni Rukun Negara. Maka dalam mentadbir Malaysia, Kerajaan mi akan terus berpandukan kepada falsafah Islami yang universal sifatnya yakni Wasatiyyah, merangkumi kese de rhanaan, keseimbangan, keadilan sosial, kesaksamaan dan kecemerlangan.

Ini bererti,... kita senantiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh yang terbaik,... bukan sederhana, complacent atau berpuas hati dengan pencapaian ala kadar sahaja.

Tuan Yang Dipertua, rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

69. Dalam melalui suka duka episod memacu kejayaan negara,... kita tidak lupa kepada tokoh-tokoh juga pimpinan-pimpinan yang menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada semua.

70. Lalunya,... di kesempatan ini, kita menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara. Mereka yang akan saya sebutkan sememangnyalah bukan terdiri daripada ahli Parlimen namun, sekadar berkongsi cerita dan rasa.

71. Pertamanya, Allahyarham Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa yang menumpah taat setia kepada perjuangan bangsanya dan partinya hingga ke hujung usianya, 93 tahun.

72. Kedua, kepada seorang lagi sahabat peribadi saya dan keluarga, yakni Allahyarham Tuan Guru Ustaz Dato' Dr. Haron Din.

73. Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia telah kehilangan dua tokoh yang sangat dihormati.

74. Jelas sekali, meskipun Allahyarham Tuan Guru berada di landasan politik berbeza, namun, kita tetap men.yanjung tinggi perjuangan beliau untuk ummah, dan pihak Kerajaan telah menganugerahkan gelaran Tokoh Khas Maal Hijrah 2016 kepadanya. Tapi kita berasa sedih dan kecewa, kerana ada kalangan pihak pembangkang sendiri yang terang-terangan membenci dan menista beliau.

Tuan Yang Dipertua,

75. Pernah, semasa saya melawat beliau di hospital, secara peribadi tokoh ilmuwan Islam ini, ada menyebut kepada saya bahawa, "jika kita suka kepada seseorang itu berpada-padalah,... mana tahu kelak kita akan membencinya. Kalau kita benci kepada seseorang itu pula, berpada-pada jugalah,... kerana mungkin orang yang dibenci itu kelak akan menjadi orang yang kita sayang"

76. Kepada kedua-duanya, yang telah dipanggil pulang ke ribaan Yang Maha Esa, kita sedekahkan - ummul kitab AI-Fatihah...

Tuan Yang Dipertua,

77. Kita kini berada di ambang enam dekad kemerdekaan watan tercinta ini. Selama itulah penjawat awam yang kini jumlahnya mencecah 1.6 juta orang, menjadi tonggak pentadbiran dan jentera kemajuan negara.

78. Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa mereka, sukacitanya saya mengumumkan:

  • Pertama: Kemudahan Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum ini hanya kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kini akan diberikan juga kepada Kumpulan Pelaksana;
  • Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari;
  • Ketiga: Kalau seperti sedia ada kemudahan pembiayaan diberikan kepada pembelian komputer, bajet kali ini memutuskan agar kemudahan ini diperluaskan meliputi pembelian smartphone dengan had pinjaman sehingga 5 ribu ringgit bagi setiap tiga tahun; dan
  • Keempat: Tidak cukup dengan itu,...tidak cukup Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada 5 ribu ringgit kepada 10 ribu ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

  • Kelima: Kerajaan tetap mengambil berat tentang perumahan penjawat awam, dan terus komited supaya mereka memiliki rumah sendiri.
    Maka dengan ini, sukacita Kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada serendah-rendahnya 120 ribu ringgit kepada 200 ribu ringgit, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya 600 ribu ringgit, kini dinaikkan kepada 750 ribu ringgit;
  • Keenam: Sebanyak 30 ribu unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan; dengan harga jualan sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran; yakni berharga antara 90 ribu ringgit hingga ke 300 ribu ringgit;
  • Ketujuh: Kepada pegawai contract of service dan contract for service yang akan tamat pada penghujung tahun ini pula, usahlah bimbang, kontrak tuan-tuan dan puan-puan akan Kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi;
  • Kelapan: Bagi mengatasi masalah para doktor pakar yang mahu meninggalkan perkhidmatan awam atas isu kelewatan naik pangkat,... Kerajaan memandang serius,.., seraya kita umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar; dan
  • Kesembilan: Kerana kekangan jawatan tetap, Kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

Untuk makluman,... hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemanship secara kontrak. Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kepada mereka dan keluarga.

Tuan Yang Dipertua,

79. Sebelum pembentangan diteruskan, saya ingin memperbetulkan beberapa tuduhan dan misconceptions yang dimomok oleh pihak tidak bertanggungjawab, sehingga mengeliru dan menimbulkan keresahan tidak menentu di kalangan masyarakat tentang ekonomi Malaysia.

80. Salah faham dan salah persepsi yang pertama,... dikatakan - Kerajaan Akan Bankrap atau Muflis.

81. Berkait perkara ini, saya ingin maklumkan bahawa, sesebuah Kerajaan hanya dikategorikan sebagai bankrap atau muflis, sekiranya Kerajaan tersebut tidak mampu membayar tanggungan hutang-hutangnya.

82. Letak duduk ini, dinilai melalui penarafan oleh antaranya tiga buah agensi antarabangsa yang sangat berwibawa yakni, Fitch, Moodys dan Standard & Poors.

83. Institusi-institusi inilah Badan-Badan Pen.arafan yang diterima pakai rating dan laporan keupayaan negara-negara dalam membayar-balik hutang.

84. Sebagai perbandingan., menerusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding den.gan Filipina BBB -, Thailand BBB + dan Vietnam BB -.

85. Malah penarafan Malaysia, adalah sama dengan kelompok negara yang saiz ekonominya lebih besar dan maju daripada negara kita, seperti Korea AA-, China A+ , Taiwan A+, dan Jepun A.

86. Maknanya di sini,... istilah muftis atau bankrap itu jauh sekali daripada kamus ekonomi Malaysian,

Tuan Yang Dipertua,

87. Salah faham dan salah persepsi kedua,... dikatakan bahawa Malaysia is a Failed State, atau Negara Yang Gagal.

88. Inipun fitnah semata-rnata. Saya nak terangkan apa maknanya Failed State Ia terjadi seandainya sesebuah negara itu gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas Kerajaan.

89. Ini termasuklah kegagalan anggota polis dan askar mengawal keamanan dan keselamatan negara, kegagalan Kerajaan untuk membayar gaji penjawat awam, kegagalan untuk membekalkan keperluan asas seperti air dan elektrik, kadar inflasi melambung tinggi atau hyper inflation, sehingga membawa kepada kehancuran ekonomi.

90. Ternyata ciri-ciri tersebut tidak wujud di Malaysia!!! ...dan,... dengan Pertolongan Allah, Kerajaan ini tidak sesekali akan membiarkan kita terjerumus ke kancah negara yang gagal.

Tuan Yang Dipertua,

91. Bajet ini bukanlah digubal bagi kepentingan, atau berlegar kepada kumpulan rakyat tertentu sahaja. Namun direkayasa, bersifat inklusif demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

92. Justeru, jika digambarkan melalui piramid, dalam negara kita, terdapat tiga kategori utama rakyat berdasarkan kepada julat pendapatan isi rumah yakni T20, M40 dan B40.

93. Bagi golongan rakyat M40 secara umumnya, adalah kelompok isi rumah yang berpendapatan sekitar 3,900 ringgit hingga 8,300 ringgit.

94. Golongan M40 termasuklah individu bujang, dan kebanyakkannya merupakan suami isteri bekerja, berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

95. Alhamdulillah, golongan ini tidak mempunyai masalah memenuhi keperluan asas mereka. Namun, menjadi hasrat Kerajaan untuk meningkatkan disposable income atau pendapatan boleh guna mereka.

96. Ini merangkumi aspek-aspek kerjaya yang terjamin, peluang peningkatan pendapatan dari masa ke semasa, perumahan, keselamatan, pendidikan, kesihatan dan keseimbangan antara kesibukan kerja, berekreasi serta masa yang berkualiti bersama keluarga masing-masing.

Tuan Yang Dipertua,

97. Untuk kefahaman ramai, B40 pula ialah golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, dengan pendapatan isi rumah sekitar 3,900 ringgit ke bawah. Dan perspektif ekonomi makro, wujudnya golongan ini adalah lazim di mana-mana negara membangun.

98. Menurut Laporan Khazanah Research Institute, kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah B40 ini meningkat lebih pantas, jika dibandingkan dengan pertumbuhan pen.dapatan golongan M40 dan T20.

Teks Ucapan Belanjawan Bajet 2017

Tuan Yang Dipertua, saudara-saudari dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

99. Sekiranya dalam Bajet 2015, saya telah mentafsirkan People Economy dan Capital Economy, kali ini, saya mahu menambah satu lagi konsep penting dalam kita menuju status negara maju yakni, public happiness.

100. Maksud saya, bajet ini bukan hanya tentang pendapatan semata-mata, tetapi ia berkait kualiti kesejahteraan hidup rakyat, seperti aman dari jenayah, menikmati alam sekitar yang bersih dengan pelbagai seni dan kebudayaan yang berwarna warni.

101. Juga,... pencapaian pendidikan yang tinggi, mengangkat kesarjanaan dan keintelektualan, adanya khidmat kesihatan yang terjamin serta memiliki akses kepada pengangkutan awam yang efisyen.

102. Sehubungan dengan hal alam sekitar, kita perlu terus memelihara alam semulajadi terutama kawasan tadahan air dan mempastikan bahawa kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai hutan simpanan dan taman-taman nasional dijaga serta sentiasa dipertahankan agar tidak dicerobohi. Ini hanya akan menjadi kenyataan seandai semua Kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya dengan gandingan sektor swasta dan rakyat jelata.

Tuan Yang Dipertua,

103. Demi kesej ahteraan rakyat, Kerajaan akan terus komited melaksanakan projek dan program Rakyat Centric di bandar dan luar bandar seperti berikut:

  • Pertama: Melalui maklumat dan sesi turun padang, terdapat kampung-kampung yang masih berada dalam keadaan suram ma1ah gelap tanpa kelengkapan tiang-tiang lampu jalan.
    Makanya, menjadikan kampung di waktu malam lebih terang, bercahaya lagi selamat, sebanyak 97 ribu lampu jalan dan 3 ribu lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang.
    Ini melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak;
  • Kedua: Membina dan menaik taraf 616 kilometer jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar, dengan peruntukan 1.2 bilion ringgit;
  • Ketiga: Bagi menyelenggara jalan negeri, 4.6 bilion ringgit disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia atau MARRIS;
  • Keempat: Membina dan membaik pulih 17 ribu unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli dengan peruntukan 350 juta ringgit.
    Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara seribu hingga 15 ribu ringgit bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut;
  • Kelima: Meningkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan peruntukan 732 juta ringgit, mensasarkan 5,200 buah rumah, termasuk menaik taraf sistem bekalan air FELDA.

104. Terkini pula, terdapat pelbagai masalah bekalan air di beberapa negeri, antaran.ya kekurangan kapasiti bekalan, cuaca kemarau, pencemaran sisa in.dustri dan pembalakan serta kebocoran paip.

105. Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, Kerajaan memperuntukkan geran 156 juta ringgit dan 509 juta ringgit dalam bentuk pinjaman.

106. Sebagai tambahan, untuk mengatasi masalah bekalan air, di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan dengan segera, berperuntukkan 500 juta ringgit.

  • Keenam: Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah dengan peruntukan 460 juta ringgit; dan
  • Ketujuhnya: Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk bandar khususnya yang tinggal di flat.
    Didapati rumah-rumah pangsa ini banyak berkeadaan luntur dan kusam kerana tidak dipulihara sebaiknya. Begitu juga keadaan lif-lif yang rosak dan bermasalah.
    Oleh itu, Kerajaan menyediakan 300 juta ringgit di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia untuk membaik pulih kemudahan kawasan flat dan 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar.

107. Kerajaan juga akan melaksanakan Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan SOO juta ringgit. Antaranya, menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil. Keutamaan projek diberi kepada kontraktor kelas G1 dan G2 tempatan.

108. Selain itu, 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan 495 juta ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

109. Sukacita saya mengumumkan satu lagi inisiatif baharu Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yakni, MyBeautiful New Home, khusus kepada golongan B40, dengan peruntukan 200 juta ringgit.

110. Sebagai permulaan, 5 ribu unit rumah akan dibina dengan harga 40 ribu hingga 50 ribu ringgit seunit.

111. Menariknya, Kerajaan akan membiaya 20 ribu ringgit dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan Kerajaan Negeri.

112. KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak 134 juta ringgit bagi tahun 2017.

113. Sementara itu, 11,250 unit rumah PPR sedang dalam pembinaan dan 576 juta ringgit disediakan. Rumah ini dijual dengan harga antara 35 ribu sehingga 42 ribu ringgit, walaupun kos pembinaannya menelan 120 hingga 160 ribu ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

114. Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, 275 juta ringgit diperuntukkan seperti berikut:

  • Pertama: Memperluaskan Program MySuria dengan peruntukan 45 juta ringgit. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600 rumah. Setiap peserta program akan menerima 250 ringgit sebulan;
  • Kedua: Memperluas Program Mobilepreneur oleh GIATMARA, dengan peruntukan 30 juta ringgit, yang mensasarkan 3 ribu peserta bermotosikal;
  • Ketiga: Melaksanakan program Agropreneur, dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi melahirkan 3 ribu usahawan tani muda yang terlibat di dalam pengeluaran hasil tani bernilai tinggi; dan
  • Keempat: Menggiatkan program eUsahawan dan eRezeki di bawah MDEC, merangkumi 300 ribu peserta dengan peruntukan 100 juta ringgit.

Saudara dan saudari,

115. Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi hampir 10 bilion ringgit, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.

116. Untuk membantu golongan pesawah padi pula, Kerajaan memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi, termasuk padi bukit.

117. Sebagai insentif kepada pekebun kecil getah yang berdaftar, Kerajaan memperuntukkan 250 juta ringgit untuk pelaksanaan pembelian 'harga lantai'.

118. Sebagai langkah tambahan, bajet ini juga mengumumkan, Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak 200 ringgit sebulan bagi 3 bulan pada November, Disember dan Januari memanfaatkan 440 ribu pekebun kecil dan penoreh getah.

119. Selanjutnya, bagi meringankan beban sara hidup 57 ribu nelayan, pemberian elaun 200 hingga 300 ringgit sebulan akan diteruskan.

Tuan Yang Dipertua,

120, Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BRIM diperkenalkan, setiap tahun tanpa gagal, program ini terus mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat positif daripada penerima.

121. Pada satu program yang saya hadiri, seorang penerima BR1M dari keturunan India, telah datang dan menggenggam erat tangan saya sambil berkata,... 'saya tarak kisah apa orang mau cakap pasal Kerajaan, yang penting Dato' Najib,... BR1M bantu saya dan keluarga'.

122. Jadinya, Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari rakyat Malaysia sekalian,... kata orang,...

Dedak bukan,... umpan pun bukan,
BR1M yang ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.

123. Sehubungan itu, untuk tahun hadapan, kadar BR1M dinaikkan seperti berikut:

  • Pertama: BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah 3 ribu ringgit, akan dinaikkan daripada 1,050 dan 1,000 kepada 1,200 ringgit;
  • Kedua: BR1M kepada isirumah berpendapatan 3 ribu hingga 4 ribu ringgit, akan dinaikkan daripada 800 kepada 900 ringgit, dan
  • Ketiga: Bagi individu bujang berpendapatan di bawah 2 ribu ringgit, BR1M akan dinaikkan daripada 400 kepada 450 ringgit.

124. Tidak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan seribu ringgit kepada waris penerima BRIM bagi kategori isi rumah dan warga emas. Keseluruhan Program BR1M mi akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan 6.8 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

125. Bagi menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri, kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan 4.6 bilion ringgit kepada institusi-institusi TVET.

126. Menerusi NBOS, untuk mengoptimakan aset-aset Kerajaan, maka sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru, akan diubah-suai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional.

127. Akhirnya, empat buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.

128. Di atas inisiatif kreatif ini, hanya kira-kira 400 juta ringgit diperuntukkan, berbanding 250 juta ringgit, untuk membina hanya sebuah politeknik yang baharu. Ini menjimatkan wang Kerajaan kira-kira 2 bilion ringgit.

129. Selanjutnya, 270 juta ringgit disediakan untuk naiktaraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta 360 juta ringgit bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

130. Berhubung ini, potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan Structured Internship Programme bagi pelajar di peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan pelajar Tahap 3 dan ke atas di bawah Program TVET. Insentif ini dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019.

131. Selain itu, geran padanan latihan dan pembangunan kurikulum akan diberi kepada institusi TVET awam yang berjaya mendapatkan sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.

Tuan Yang Dipertua,

132. Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, 50 juta ringgit disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20 ribu graduan bagi tahun 2017, berbanding 15 ribu graduan pada tahun 2016.

Tuan Yang Dipertua,

133. Rumah tempat berteduh adalah soal yang amat dekat di hati saya. Mahu tidak mahu,... Kerajaan terus komited dalam ehwal perumahan rakyat di mana setiap keluarga mampu memiliki kediaman sendiri.

134. Untuk meningkatkan keupayaan pembeli rumah pertama, konsep berikut akan diperkenalkan:

  • Konsep Pertama: Melalui NBOS lagi, kita akan menyediakan tanah Kerajaan yang tidak diguna-pakai di lokasi strategik kepada GLC dan PRIMA, untuk membina lebih 30 ribu unit rumah membolehkan harga jualan antara 150 ribu ringgit hingga 300 ribu ringgit. Harga mi jauh lebih rendah dari pasaran iaitu 250 hingga 400 ribu ringgit;
  • Konsep Kedua: Membina 10 ribu unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap, termasuk graduan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
  • Mereka boleh menyewa dengan tempoh maksima lima tahun, pada kadar yang 1ebih rendah daripada kadar pasaran, sementara mereka membina kemampuan kewangan untuk membeli rumah sendiri; dan
  • Ketiga: Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan 200 juta ringgit untuk membina lebih 5 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi Kerajaan sehingga 20 ribu ringgit seunit.

Tuan Yang Dipertua,

35. PR1MA telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Setakat ini, lebih 12 ribu unit kediaman, berjumlah 3.3 bilion ringgit telah ditempah. Manakala 85 ribu lagi dalam pelbagai peringkat kelulusan.

136. Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PRIMA.

137. Melalui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah dan accessible kepada pembeli, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.

138. Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017. Skim ini merupakan basil kerjasama di antara pihak Kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP dan juga 4 bank tempatan iaitu Mayban.k, CIMB, RHB dan AmBank.

139. Contohnya, pemohon yang berpendapatan 3 ribu ringgit sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih 187 ribu ringgit. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih 295 ribu ringgit.

140. Disamping itu diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.

141. Walaubagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga 300 ribu ringgit bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.

Tuan Yang Dipertua,

142. Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, FELDA, FELCRA dan RISDA masing-masing diperuntukkan 200 juta ringgit, 100 juta ringgit dan 100 juta ringgit lagi.

Tuan Yang Dipertua,

143. Seterusnya berita gembira untuk pembayar cukai. Jika kini terdapat 21 kategori pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.

144. Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium. Pelepasan ini diberi sehingga 2,500 ringgit setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.

Tuan Yang Dipertua,

145. NBOS telah menjimatkan 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara.

146. Oleh kerana sambutan hebat daripada rakyat, 4 lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, clan 3 lagi RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak akan dibina dengan peruntukan 100 juta ringgit.

147. Sebagai langkah baru, setiap UTC akan disediakan sebuah Job Centre untuk membantu memadankan antara pencari kerja dan bakal majikan.

148. Di sini saya ingin bertanya,...mana ada Kerajaan dalam dunia yang menyediakan pusat khidmat sehenti beroperasi tujuh hari seminggu, bermula 8 pagi hingga 10 malam? Mana ada,... melainkan Kerajaan Barisan Nasional.

149. Selain itu, inisiatif NBOS yang lain seperti program Bahasa In.ggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2 diperuntukkan 40 juta ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

150. Tatkala Kerajaan melaksanakan pelbagai program Rakyat Centric, Kerajaan terus komited memampankan fiska1 negara jangka panjang dengan antara lain menubuhkan Collection Intelligence Arrangement atau CIA di bawah Kementerian Kewangan. Ini akan melibatkan LHDN, Kastam dan SSM yang akan berkongsi data bagi menambah kecekapan mengutip cukai dan tax compliance.

151. Selain itu, kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi 1 juta ringgit, akan dinaikkan daripada 3 kepada 4 peratus mulai 1 Januari 2018.

152. Juga, projek rakyat-centric akan diteruskan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta berjumlah 10 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

153. Profesor HAMKA ada menyebut,... jiwa yang bersih tumbuh daripada jasmani yang bersih dan sihat, manakala kesempurnaan jati dini membentuk budi, iaitu ilmu mengatur kesihatan, yakni riadah, atau pun bersukan.

154. Namun bersih di sini, bukan bererti menyertai Perhimpunan BERSIH...yang ternyata tidak bersih.

155. Berbicara lagi hal sukan, kita amat bangga atas pencapaian kontinjen Olimpik dan Paralimpik. Pertama kali Negaraku dikumandangkan di Rio De Janeiro.

156. Alhamdulillah, kontinjen negara telah menamatkan persaingan di Sukan Olimpik 2016 dengan pungutan 4 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa. Kita ucapkan syabas dan tahniah setingginya kepada jaguh-jaguh sukan. Olimpik negara!

157. Bagi pembangunan sukan negara, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan. Ini meliputi 450 juta ringgit, khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017.

158. Selain itu, beberapa program pembangun.an sukan akan dilaksanakan:

  • Pertama: 50 juta ringgit bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang;
  • Kedua: 122 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf fasiliti sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti;
  • Ketiga: 70 juta ringgit bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa; dan
  • Keempat: 54 juta ringgit bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

Tuan Yang Dipertua,

159. Kesihatan adalah segalanya. Lantaran itu, usaha bersepadu terus dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara kita. Jadinya, 25 bilion ringgit disediakan bagi program:

Pertama: Membina dan menaiktaraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru;

Kedua: Menaik taraf kemudahan hospital dengan peruntukan 536 juta ringgit. Ini termasuk penyediaan peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, serta pembelian 100 buah ambulan;

Baca seterusnya dengan memuat turun fail pdf ucapan penuh Bajet 2017 di SINI.

Sumber: BERNAMA

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel