Cara Mendaftar Perniagaan di SSM

Cara bagaimana nak mendaftar perniagaan di SSM. Berikut dikongsikan cara bagaimana mendaftar perniagaan tunggal atau perkongsian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pendaftaran perniagaan sebenarnya boleh dibuat di mana-mana kaunter SSM dan boleh juga dibuat secara online.


Panduan Mendaftar Perniagaan Di kaunter SSM

Pemilik perniagaan hendaklah hadir sendiri di mana-mana pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sekiranya mendaftar perniagaan perkongsian, setiap rakan kongsi hendaklah hadir semasa pendaftaran.

Sila lawat laman ini untuk mengetahui lokasi, waktu operasi serta contact no. pejabat SSM paling dekat dengan anda.

Proses pendaftaran perniagaan amatlah mudah dan cepat. SSM menjanjikan Sijil Pendaftaran Perniagaan diperolehi dalam masa satu jam dari masa bayaran dibuat.

Berikut adalah apa yang anda perlu lakukan/sediakan untuk mendaftar perniagaan di SSM:

  • Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A).
  • Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42). Borang ini tidak diperlukan sekiranya anda menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan.
  • Sediakan satu salinan fotostat kad pengenalan pemilik/rakan kongsi.
  • Sediakan duit RM60/RM30 untuk yuran pendaftaran + RM10 untuk cetakan maklumat perniagaan.

    (Yuran pendaftaran adalah RM60 untuk perniagaan menggunakan nama tred dan RM30 untuk perniagaan menggunakan nama sendiri).

Untuk jimatkan masa anda boleh download borang-borang yang diperlukan di sini dan isi borang siap-siap di rumah sebelum ke pejabat SSM.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM


Mendaftar Perniagaan SSM Secara Online

Pendaftaran perniagaan SSM secara online boleh dibuat melalui perkhidmatan Ezbiz Online di ezbiz.ssm.com.my.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh lah terus merujuk kepada SSM. Sila ke http://www.ssm.com.my/contact-us untuk alamat dan nombor telefon SSM.

Semoga info tentang panduan pendaftaran SSM ini berguna buat para pemilik perniagaan di luar sana.

Click to go to top