Sebab Permohonan BR1M Ditolak Atau Gagal

Punca dan sebab kenapa permohonan BR1M ditolak. Permohonan dan kemaskini BR1M 2017 sudah dibuka mulai 5 Disember sehingga 31 Disember 2016. Untuk yang layak dan baru memohon, pastikan maklumat diisi dengan betul untuk mengelakkan dari permohonan ditolak atau gagal.


Punca Permohonan BR1M Gagal

Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa permohonan BR1M anda tidak berjaya walaupuan anda sebenarnya layak mendapat BR1M:

  1. Permohonan tidak dikemaskini

    Tidak mengemaskini permohonan BR1M bagi tempoh tiga tahun kebelakangan (2014). Penerima BRIM perlu mengemaskini maklumat peribadi sekiranya terdapat sebarang perubahan atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiaga tahun bagi mengelakkan permohonan ditolak.

  2. Maklumat peribadi

    Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan nombor kad pengenalan.

  3. Dokumen peribadi

    Tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, pengesahan penceraian dan penyata gaji.

  4. Maklumat pasangan

    Tiada maklumat pasangan bagi pemohon yang sudah berkahwin.

  5. Tanggungan

    Maklumat tanggungan yang tidak tepat.

  6. Jumlah permohonan

    Memohon lebih dari satu kali (suami dan isteri membuat permohonan berasingan).

Sebab permohonan BR1M gagal

Semoga maklumat tentang kesilapan-kesilapan dalam permohonan dan pengemaskinian BRIM dapat menghalang pemohon-pemohon BR1M 2017 dari melakukan kesilapan yang sama.

Click to go to top