Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2018

Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat mulai 27 November sehingga 31 Disember 2017.

Permohonan baru BR1M adalah untuk mereka yang belum pernah memohon, untuk pasangan kepada penerima BRIM 2017 yang telah meninggal dunia / bercerai dan untuk pemohon yang gagal / tidak layak dalam permohonan BRIM sebelum ini.

[Baharu] RM200 percuma untuk bayi baru lahir, dengan menyertai ADAM50 (Amanah Dana Anak Malaysia 2050)

Kemaskini maklumat BR1M hendaklah dilakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan, perubahan status perkahwinan, nombor telefon atau alamat, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dsb. Kemaskini hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 (tiga) tahun.

Pastikan maklumat diisi dengan tepat. Elakkan dari melakukan kesilapan yang boleh menggagalkan permohonan BR1M anda.

BR1M 2018


Cara Memohon Dan Kemaskini BR1M

  • Memohon dan kemaskini BR1M secara online

    Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:

    https://ebr1m.hasil.gov.my

    Untuk permohonan baharu BR1M, sila tekan menu "PERMOHONAN BARU". Manakala untuk kemaskini, sila tekan menu "MyBR1M".

    Permohonan dan kemaskini secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

  • Memohon dan kemaskini BR1M secara offline

    Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan LHDNM atau boleh dimuat turun di sini.

    Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Pejabat Daerah.


Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2018

BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai Februari 2018. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2018 untuk maklumat lanjut.


Semakan keputusan BR1M

Sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk panduan semakan status permohonan BRIM.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BRIM, sila hubungi:

  • Nombor hotline BR1M Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN): 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my
  • Sekretariat BR1M
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Semoga maklumat permohonan dan kemaskini BR1M 2018 secara online ini berguna buat semua pembaca.

Click to go to top