Cadangan Waktu Perjalanan di KLK & LPT1 Sempena Aidilfitri 2018

Berikut adalah jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018. Jadual ini mengandungi cadangan perjalanan berperingkat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur mengikut masa dan destinasi tertentu antara Kuala Lumpur / Selangor dan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat bermula pada 13 Jun hingga 24 Jun 2018 untuk perjalanan balik kampung di Pantai Timur dan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur / Lembah Klang.

Kepada warga Pantai Timur yang tinggal di Kuala Lumpur dan pulang beraya ke kampung, sila rancang perjalanan anda berdasarkan jadual cadangan berikut untuk menjimatkan masa dan kos perjalanan.


Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya Karak dan LPT Sempena Aidilfitri 2018

Jadual berikut menunjukkan cadangan waktu memulakan perjalanan dari Lembah Klang ke destinasi-destinasi utama di Pantai Timur tanah air dan sebaliknya.

cadangan waktu perjalanan LPT

Cadangan Waktu Perjalanan KLK dan LPT1 untuk Hari Raya Puasa 2018
Klik gambar untuk saiz besar

Untuk mengelakkan kesesakan di jalan-jalan persekutuan dan negeri, sila rujuk Laluan Alternatif Untuk Pulang ke Pantai Timur.

Baca juga tips memandu balik kampung untuk mengelakkan kecelakaan di jalan raya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Twitter @LPTTrafik atau hubungi talian 1-700-818-700 / 09-5479111.