Cara Mudah Buat Durian Crepe Gebu [resipi]

|  4 comments

Sekarang musim durian dan kuih Durian Crepe sedang popular. Cara sebutan betul crepe ialah “krape” (macam grape) ataupun “krap” (macam trap). Crepe asalnya perkataan Perancis yang bermaksud pancake atau lempeng dalam Bahasa Melayu.

Durian crepe adalah durian + lempeng, iaitu lempeng gandum yang dilipat berbentuk bantal dan berintikan durian.

durian crepe

Sumber: Triangel Love


Resipi Durian Crepe Gebu

Berikut adalah resipi untuk membuat 30 biji durian crepe.


Bahan-bahan untuk lempeng/kulit (A)

  • 250 gm tepung gandum
  • 500 ml santan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla (optional)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Pewarna (ikut suka, saya sarankan warna Kuning Telur/Egg Yellow)


Bahan-bahan untuk inti/filling (B)

  • 1 cawan Whipping Cream (pukul sehingga kental)
  • Isi durian yang telah dilenyek.


Cara Penyediaan Durian Crepe

  1. Campur semua bahan A kemudian blender. Kemudian tapis adunan supaya tidak berketul-ketul.
  2. Panaskan non-stick pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang satu senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe/lempeng yang nipis. Masak sebelah saja, bila bahagian atas kering, angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream di tengah-tengah. Letak isi durian atas whipping cream dan tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat crepe untuk membentuk bantal.
  5. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Banyak lagi resepi boleh didapati di AnekaResipi.com.

4 comments

Unknown

Unknown

15 November, 2013 20:03
senang btul cara nie....mudahnye!
Tanpa Nama

Tanpa Nama

09 Mac, 2014 10:57
Senanang betul
Maleeya aisha

Maleeya aisha

03 September, 2015 19:26
sa tak suka bau tapi saya suka makan

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel