Tarikh Akhir Permohonan Ting. 1 MRSM Rabu 5 Disember 2012

|  0 comments

Tarikh tutup untuk permohonan bagi kemasukan ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun 2013 telah dilanjutkan hingga Rabu 5 Disember 2012.

Pelajar-pelajar yang telah menerima kata laluan mereka dabat Mara negeri atau daerah Mara atau MRSM boleh mengisi borang permohonan secara online melalui:

http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

permohonan tingkatan 1 MRSM

Gunakan sijil kelahiran atau nombor kad pengenalan sebagai ID pengguna untuk log masuk.

Pelajar dinasihatkan untuk menghantar permohonan mereka secara online pada atau sebelum hari Rabu. Selain itu, mereka juga boleh mencetak dan menghantar borang dan dokumen yang berkaitan kepada:

    Pengarah (Bahagian Pendidikan Menengah),
    Tingkat 19,
    Ibu pejabat Mara,
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui tel: 03-26132000, 03-26134541, 03-26134542, 03-26134543, 03-26139070, 03-26139071 atau faks: 03-26911658.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel