Perbezaan Antara Korban dan Aqiqah
Ibadah korban dan aqiqah adalah dua ibadah yang hampir sama dari segi hukum dan syarat-syaratnya. Kedua-dua ibadat ini amat digalakkan oleh Islam kerana fadhilatnya cukup besar.
Berikut disenaraikan persamaan dan perbezaan ibadah korban dan akikah untuk rujukan pembaca.
Perbezaan Aqiqah dan Korban
| PERKARA | KORBAN | AQIQAH |
| Tujuan | Menghampirkan diri kepada Allah dan mengenang kembali peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. | Kesyukuran kerana kelahiran anak |
| Hukum | Sunat Muakkad | Sunat Muakkad |
| Masa | Hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) Sila rujuk Kalendar Islam untuk padanan tarikh Masihi | Boleh dilakukan bila-bila masa |
| Pembahagian daging | Afdhal daging mentah | Afdhal daging yang telah dimasak |
| Penerima daging | Tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam. Kalau kan diikut cara Rasulullah, daging korban dibahagikan kepada 3 bahagian.
| Tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam |
| Bilangan bahagian binatang | Minima satu bahagian | Anak lelaki dua bahagian Anak perempuan satu bahagian |
| Jenis binatang | Binatang ternakan (an'am) iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri | Binatang ternakan (an'am) iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri |
Cir-ciri Lain Aqiqah dan Korban
- Ibadah korban dan akikah boleh dilaksanakan secara berwakil, tanpa perlu pihak yang melaksanakan korban/akikah ada bersama-sama di tempat ibadah tersebut dilaksanakan.
- Ibadah korban dan akikah tidak boleh digabungkan. Jika seseorang itu berniat ibadah korban dan akikah ke atas seekor kambing / satu bahagian sekali gus, maka kedua-duanya dianggap sebagai batal.

1 comments
Denaihati
14 Jun, 2013 22:38