Permohonan ke IKBN Sesi Januari 2014

|  0 comments

Permohonan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk pengambilan baru bagi kemasukan Januari 2014 telah di buka bermula 30 September 2013 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2013.

Pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 18-30 tahun, sihat tubuh badan dan belum berkahwin.

Antara bidang yang ditawarkan seperti Teknologi Automotif, Teknologi Marin, Teknologi Mekanikal, Teknologi Awam, Teknologi Elektronik, Teknologi Elektrik, Teknologi Hospitaliti, Teknologi Tekstil, Teknologi Personal, Teknologi Fotografi dan Teknologi Maklumat.

Sila baca dokumen tawaran terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Dokumen ini mengandungi butiran senarai kursus yang ditawarkan, sijil kemahiran & tahap, tempoh kursus dan IKBN yang menawarkan kursus, syarat-syarat kelayakan, dan lokasi IKBN.

Kepada yang berminat dan memenuhi syarat bolehlah memohon secara online di laman Sistem Permohonan Kemasukan ke IKBN.

permohonan IKBN 2014

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut : 03-88713652 / 3646 / 3685 / 3651 / 3656.

Keputusan permohonan ke IKBN boleh disemak melalui laman web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my bermula pada 15 November 2013.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel