Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2013 Melalui SMS

|  0 comments

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 akan diumumkan pada 30 Januari 2014. Keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi, dan bagi calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 30 Januari dan berakhir pada 11:59 malam 5 Februari 2014.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:

Taip:

STAM <jarak> [Angka Giliran]

dan hantarkan ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel