KLIA2: Fakta Dan Panduan Ringkas

Terminal tambang murah Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) mula beroperasi secara rasmi pada 2 Mei 2014. Ianya menggantikan terminal lama iaitu Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang telah sekian lama beroperasi melebihi kapasiti.

KLIA2 adalah terminal tambang murah terbesar di dunia dan dilengkapi dengan menara kawalan trafik udara yang tertinggi di dunia.

Terminal KLIA2 mempunyai kapasiti untuk memgendalikan 45 juta penumpang setahun. Ianya mempunyai keluasan 257,000 meter persegi, mempunyai 68 pintu pelepasan dan 80 aerobridge. KLIA2 mempunyai 32,000 meter persegi ruang perniagaan yang boleh menampung 225 unit kedai. Ia juga dilengkapi dengan 6,000  lot parkir tertutup.

Sila rujuk infografik berikut untuk panduan ringkas mengenai KLIA2.

KLIA2 facts