Permohonan UPU Fasa 2 Lepasan Matrikulasi 2014

Sistem Permohonan UPU Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2014/2015 Fasa 2 bagi lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM akan dibuka  bermula jam 12:00 tengahari 3 Jun sehingga 9 Jun 2014.

Permohonan UPU Fasa 2 ini adalah khusus untuk lepasan Matrikulasi / Asasi yang sudah mendaftar permohonan pada Fasa 1 sebelum ini sahaja.

Permohonan boleh dibuat secara online di laman Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia, di pautan berikut:

https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/

Lepasan Matrikulasi / Asasi yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di IPTA bolehlah memohon pada tarikh yang dinyatakan di atas.

permohonan upu fasa 2

sumber: Facebook page rasmi BPKP (UPU)