Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2015/2016

|  1 comments

Permohonan untuk ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2015/2016 telahpun dibuka mulai 1 Julai 2014 sehingga 10 Oktober 2014.


Cara Memohon Matrikulasi

Permohonan mesti dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan Melalui Internet Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum mengemukan permohonan, baca dulu Manual Permohonan Melalui Internet (PMI), Syarat Program Dan Kelayakan Minimum dan Panduan Mengisi Borang dengan mengklik pautan-pautan berkenaan pada sebelah kiri laman.

permohonan matrikulasi 2015 2016

Setelah betul-betul faham, sila klik Borang Permohonan Melalui Internet (PMI)untuk memohon.


Kemaskini dan Semak Permohonan Matrikulasi

Pemohon boleh mengemaskini maklumat permohonan tidak melebihi 3 kali.

Sila buat semakan permohonan untuk memastikan samada maklumat permohonan telah disimpan atau tidak.


Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Semakan keputusan permohonan matrikulasi boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2015 untuk mengetahui status permohonan samada berjaya atau tidak.

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm.

1 comments

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel