Semakan Tawaran KV, SMT, Giatmara dan WISDEC 2019
Semakan keputusan permohonan tawaran kemasukan pelajar ke program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, ILKA, ILKS, Giatmara dan Wood Industry Skills Development Centre (WISDEC) ambilan Januari 2019. Semakan tawaran boleh dilakukan secara online.
Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan ke KV, SMT, Giatmara dan WISDEC 2019
Semakan tawaran kemasukan boleh dilakukan mulai 18 Januari 2019 sehingga 22 Januari 2019.
Cara Semakan Tawaran ke KV, SMT, Giatmara dan WISDEC
Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan secara online menerusi Aplikasi Semakan Tawaran di laman web Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:
Sila masukkan nombor MyKad atau angka giliran dan klik butang "Semakan" untuk menyemak.
Sekiranya permohonan anda berjaya (ie. mendapat tawaran), sila sahkan samada anda menerima atau menolak tawaran; dan cetak surat tawaran sekiranya anda terima.
Program KV dan SMT
Program-program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik adalah untuk murid lepasan Tingkatan 3 yang telah menduduki PBS / PAV. Program yang boleh dimohon bagi mereka yang layak adalah:
- Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV/ILKA/ILKS
- Sekolah Menengah Teknik (SPM)
- Program Kemahiran/Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA
Semoga adik-adik berjaya mendapat tawaran kemasukan ke institusi pilihan masing-masing.