Semakan Keputusan STAM 2019 Online Dan SMS

Semakan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) secara online dan SMS. Keputusan peperiksaan STAM 2019 akan diumumkan pada hari Rabu, 22 Januari 2020. Calon boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

[Baharu] Semakan Keputusan STAM 2020 Secara Online Dan SMS

Bagi calon-calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Ringkasan keputusan Peperiksaan STAM 2019 juga boleh disemak secara atas talian dan melalui SMS.


Semak Keputusan STAM Secara Online

Semakan ringkasan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) secara online boleh dibuat melalui laman sistem aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

http://sppat.moe.gov.my/semakan/

Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran, kemudian klik butang "SEMAK".


Semak Keputusan STAM Melalui SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2019 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 22 Januari 2020 dan berakhir pada 6:00 petang 28 Januari 2020.

semakan keputusan STAM 2019

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:

  1. Taipkan:

    STAM<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: STAM  MQ027S015

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan. Perkhidmatan SMS ini tersedia bagi rangkaian Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX dan Unifi.

Selamat berjaya kepada calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2019. Semoga anda mendapat keputusan STAM yang cemerlang.