Semakan Keputusan STAM 2021 Online Dan SMS

Semakan keputusan STAM 2021 secara online dan SMS.

Keputusan penuh peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 boleh disemak secara online manakala ringkasan keputusan boleh disemak melalui SMS.

Tarikh Semakan Keputusan STAM 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan STAM tahun 2021 akan diumumkan pada hari Khamis 30 Jun 2022.

Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut. Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada hari yang sama.

Semakan Keputusan STAM Secara Online

Semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 secara dalam talian akan dibuka mulai 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan penuh STAM melalui pautan berikut:

myresultstam.moe.gov.my

Semakan Keputusan STAM Melalui SMS

Semakan melalui SMS adalah untuk mendapatkan ringkasan keputusan (bukan keputusan penuh). Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022.

semakan keputusan STAM 2021

semakan keputusan STAM 2021

Makluman semakan keputusan peperiksaan STAM 2021


Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:

  1. Taipkan:

    STAM<jarak>[No Kad Pengenalan]<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: STAM  020527031543  MQ027SOZS

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Pastikan nombor Kad pengenalan dan Angka Giliran adalah sepertimana yang didaftarkan dalam peperiksaan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi.

Caj perkhidmatan RM0.15 akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan RM0.20 untuk penerimaan. Perkhidmatan ini tersedia bagi talian Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX dan Unifi.

Diharap panduan check result STAM ini berguna buat para calon dan ibu bapa. Semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang.