Ranking Sekolah: MRSM Terbaik SPM 2021

Ranking MRSM terbaik di Malaysia tahun 2022 berdasarkan pencapaian keputusan SPM 2021. Berikut adalah senarai lengkap semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengikut ranking berdasarkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Keputusan kebangsaan peperiksaan SPM tahun ini sedikit merosot daripada Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 pada SPM 2020 kepada GPN 4.86.

Ranking SPM 2021 menyaksikan MRSM Taiping kembali berada di tangga teratas dengan Gred Purata Maktab (GPM) 1.51, manakala MRSM Tun Ghafar Baba dan MRSM Langkawi di tolak turun masing-masing ke tangga kedua dan ketiga berbanding ranking tahun sebelumnya.

Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai penuh serta kedudukan keputusan SPM MRSM seluruh Malaysia.

Layari juga Ranking SBP Terbaik SPM 2021.

Ranking MRSM Berdasarkan SPM 2021

Berikut adalah senarai Top 30 kedudukan MRSM terbaik yang ditentukan berdasarkan Gred Purata Maktab keputusan SPM 2021.

Ranking Nama MRSM GPM 2021
1 MRSM Taiping 1.51
2 MRSM Tun Ghafar Baba 1.59
3 MRSM Langkawi 1.78
4 MRSM Tun Abdul Razak 1.96
5 MRSM Alor Gajah 2.03
6 MRSM Johor Bahru 2.08
7 MRSM Kuala Kubu Bharu 2.08
8 MRSM Pengkalan Chepa 2.16
9 MRSM Kota Putra 2.32
10 MRSM Kuantan 2.36
11 MRSM Kuching 2.36
12 MRSM Sungai Besar 2.38
13 MRSM Parit 2.39
14 MRSM Pengkalan Hulu 2.39
15 MRSM Kuala Klawang 2.42
16 MRSM Tumpat 2.42
17 MRSM Bentong 2.45
18 MRSM Pasir Salak 2.47
19 MRSM Serting 2.47
20 MRSM Tun Dr Ismail 2.47
21 MRSM Gemencheh 2.49
22 MRSM Kubang Pasu 2.56
23 MRSM Muadzam Shah 2.56
24 MRSM Betong 2.58
25 MRSM Terendak 2.58
26 MRSM Balik Pulau 2.61
27 MRSM Kepala Batas 2.61
28 MRSM Merbok 2.61
29 MRSM Felda Trolak 2.65
30 MRSM Mersing 2.67

ranking MRSM terbaik SPM

Semoga senarai ranking tahunan sekolah (MRSM) terbaik SPM ini bermanfaat sebagai rujukan para ibu bapa dalam memilih sekolah yang paling baik untuk pendidikan menengah anak-anak mereka.