Ranking Sekolah: MRSM Terbaik SPM 2020

Ranking MRSM terbaik di Malaysia tahun 2021 berdasarkan pencapaian keputusan SPM 2020. Berikut adalah senarai lengkap semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengikut ranking berdasarkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Keputusan keseluruhan peperiksaan SPM meningkat daripada Gred Purata Nasional (GPN) 4.86 pada SPM 2019 kepada 4.80 pada SPM 2020.

Ranking SPM 2020 menyaksikan MRSM Tun Ghafar Baba kekal di tangga teratas dengan Gred Purata Maktab (GPM) 1.357, manakala MRSM Langkawi dan MRSM Taiping bertukar tempat kedua dan ketiga berbanding ranking tahun lepas. Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai penuh serta kedudukan keputusan SPM MRSM seluruh Malaysia.

Layari juga Ranking SBP Terbaik SPM 2020 dan Ranking SMKA Terbaik SPM 2020.

Ranking MRSM Berdasarkan SPM 2020

Berikut adalah senarai Top 20 kedudukan MRSM terbaik yang ditentukan berdasarkan Gred Purata Maktab keputusan SPM 2020.

Ranking 2020 Ranking 2019 Nama MRSM GPM 2020
1 1 MRSM Tun Ghafar Baba 1.357
2 3 MRSM Langkawi 1.455
3 2 MRSM Taiping 1.531
4 11 MRSM Alor Gajah 1.804
5 10 MRSM Kuala Kubu Bharu 1.855
6 19 MRSM Johor Bahru 1.951
7 9 MRSM Kuantan 1.984
8 14 MRSM Pengkalan Hulu 1.988
9 8 MRSM Gemencheh 2.039
10 18 MRSM Tun Dr Ismail 2.056
11 5 MRSM Parit 2.072
12 7 MRSM Pengkalan Chepa 2.146
13 24 MRSM Sungai Besar 2.167
14 4 MRSM Kubang Pasu 2.195
15 13 MRSM Serting 2.236
16 6 MRSM Kepala Batas 2.241
17 12 MRSM Kuala Klawang 2.293
18 15 MRSM Tun Abdul Razak 2.311
19 20 MRSM Batu Pahat 2.325
20 31 MRSM Kuala Terengganu 2.339

ranking MRSM terbaik SPM

Semoga senarai ranking tahunan sekolah (MRSM) terbaik SPM ini bermanfaat sebagai rujukan para ibu bapa dalam memilih sekolah yang paling baik untuk pendidikan menengah anak-anak mereka.