Ranking Sekolah: SBP Terbaik SPM 2020

Ranking SBP terbaik tahun 2021 berdasarkan keputusan SPM 2020. Senarai lengkap berserta ranking semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berdasarkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) bagi keputusan peperiksaan SPM tahun 2020. Lebih kecil nilai gred purata, lebih bagus pencapaian.

[Baharu] Ranking SBP Berdasarkan SPM 2021

Keputusan keseluruhan negara bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meningkat daripada Gred Purata Nasional (GPN) 4.86 pada tahun lepas (2019) kepada 4.80 pada tahun ini (2020).

Sekolah Berasrama Penuh (SBP), selain Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah merupakan di antara sekolah terbaik dan paling cemerlang di Malaysia. SBP merangkumi Sekolah Menengah Sains, SBP Integrasi dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan.

Untuk SPM 2020, SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB) Selangor muncul sebagai SBP terbaik dengan pencapaian Gred Purata Sekolah GPS 1.00. Di tangga kedua Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya dengan GPS 1.08. Manakala di tempat ketiga ialah Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Negeri Sembilan dengan GPS 1.18, meningkat satu anak tangga dari kedudukan tahun lepas.

Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai penuh serta kedudukan keputusan SPM sekolah-sekolah SBP di seluruh Malaysia.

Layari juga Ranking MRSM Terbaik SPM 2020 dan Ranking SMKA Terbaik SPM 2020.

Ranking SBP Terbaik SPM 2020

Senarai kedudukan Top 30 SBP terbaik berikut ditentukan berdasarkan Gred Purata Sekolah keputusan SPM 2020. Ranking tahun sebelumnya juga dipaparkan untuk perbandingan.

Senarai sedang dikemaskini.

Rank 2020 Rank 2019 Nama Sekolah GPS 2020
1 8 SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB) 1.00
2 3 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 1.07
3 4 Kolej Tunku Kurshiah (TKC) 1.18
4 5 SM Sains Kota Tinggi (SAKTi) 1.23
5 6 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) 1.24
6 2 Sekolah Seri Puteri (SSP) 1.34
7 16 SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) 1.34
8 13 SM Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS) 1.39
9 10 Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1.41
10 1 Sekolah Tun Fatimah (STF) 1.42
11 24 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) 1.53
12 19 SM Sains Seri Puteri (SESERI) 1.54
13 9 SBP Integrasi Rawang (SEPINTAR) 1.64
14 11 SM Sains Sultan Mahmud (SESMA) 1.65
15 15 SM Sains Muar (SAMURA) 1.65
16 17 SM Sains Johor (SMSJ) 1.65
17 33 SM Sains Kuching Utara (SAKURA) 1.67
18 21 SM Sains Selangor (SMSS) 1.71
19 35 SM Sains Rembau (SEMESRA) 1.76
20 30 SM Sains Jeli (JeSS) 1.77
21 25 SM Sains Sultan Muhammad Jiwa (SMSSMJ) 1.77
22 34 SM Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) 1.78
23 7 SM Sains Tuanku Munawir (SASER) 1.78
24 40 SM Agama Persekutuan Labu (SMAPL) 1.80
25 18 SM Sains Muzaffar Shah (MOZAC) 1.82
26 20 SM Sains Sabah (SMESH) 1.86
27 14 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 1.87
28 26 SM Sains Tuanku Jaafar (STJ) 1.89
29 22 SM Sains Kuala Selangor (KUSESS) 1.92
30 32 SM Sains Tapah (SESTA) 1.95

Ranking Sekolah Berasrama Penuh SBP SPM

Semoga senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik SPM 2020 dan ranking SPM tahun-tahun lepas ini bermanfaat sebagai rujukan ibu bapa dalam memilih sekolah yang paling baik/cemerlang untuk pendidikan menengah anak-anak mereka.