Ranking Sekolah: SBP Terbaik SPM 2021

Ranking SBP terbaik tahun 2022 berdasarkan keputusan SPM 2021. Senarai lengkap berserta ranking semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berdasarkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) bagi keputusan peperiksaan SPM tahun 2021. Lebih kecil nilai gred purata, lebih bagus pencapaian.

[Baharu] Ranking Sekolah: SBP Terbaik SPM 2022

Keputusan keseluruhan negara bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ialah Gred Purata Nasional (GPN) 4.86, sedikit merosot berbanding GPN 4.80 pada tahun 2020.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP), selain Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah merupakan di antara sekolah terbaik dan paling cemerlang di Malaysia. SBP merangkumi Sekolah Menengah Sains, SBP Integrasi dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan.

Untuk keputusan SPM 2021, Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor muncul kembali sebagai SBP terbaik dengan pencapaian Gred Purata Sekolah GPS 0.84. Di tangga kedua Sekolah Seri Puteri (SSP) Selangor dengan GPS 0.97. Manakala di tempat ketiga ialah SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB) Selangor dengan GPS 1.06, merosot dua satu anak tangga dari kedudukan tahun sebelumnya.

Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai penuh serta kedudukan keputusan SPM sekolah-sekolah SBP di seluruh Malaysia.

Layari juga Ranking MRSM Terbaik Berdasarkan SPM 2021.

Ranking SBP Terbaik SPM 2021

Senarai kedudukan Top 30 SBP terbaik berikut ditentukan berdasarkan Gred Purata Sekolah keputusan SPM 2021.

Rank Nama Sekolah GPS 2021
1 Sekolah Tun Fatimah (STF) 0.84
2 Sekolah Seri Puteri (SSP) 0.97
3 SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB) 1.06
4 Kolej Tunku Kurshiah (TKC) 1.09
5 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 1.16
6 The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 1.21
7 Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS) 1.37
8 Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) 1.40
9 Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) 1.47
10 Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) 1.49
11 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) 1.51
12 Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) 1.53
13 Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) 1.56
14 Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) 1.56
15 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTi) 1.56
16 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) 1.60
17 Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) 1.63
18 Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) 1.72
19 SM Agama Persekutuan Labu (SMAPL) 1.73
20 SBP Integrasi Sabak Bernam (INTESABER) 1.74
21 SM Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) 1.74
22 Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) 1.76
23 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) 1.79
24 Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) 1.80
25 Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) 1.83
26 SBP Integrasi Gopeng (I-GOP) 1.83
27 SBP Integrasi Rawang (SEPINTAR) 1.85
28 Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) 1.88
29 Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) 1.92
30 Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD) 1.94

Ranking Sekolah Berasrama Penuh SBP SPM

Semoga senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik SPM 2021 dan ranking SPM tahun-tahun lepas ini bermanfaat sebagai rujukan ibu bapa dalam memilih sekolah yang paling baik/cemerlang untuk pendidikan menengah anak-anak mereka.