Ranking Sekolah: SMKA Terbaik SPM 2020

Ranking Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) terbaik di Malaysia tahun 2021 berdasarkan pencapaian keputusan SPM 2020. Berikut adalah senarai lengkap semua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama mengikut ranking berdasarkan indeks Gred Purata Sekolah (GPS) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

[Baharu] Ranking SMKA Terbaik SPM 2021

Keputusan keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan SPM meningkat kepada 4.80 untuk SPM 2020 daripada 4.86 untuk SPM 2019.

Ranking SPM 2020 menyaksikan SM Agama Kuala Lumpur melonjak ke tangga teratas dengan Gred Purata Maktab (GPS) 1.52, manakala SMK Agama Kerian turun ke kedudukan kedua dan SMK Agama Sultan Azlan Shah kekal di tangga ketiga berbanding kedudukan tahun lepas.

Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai penuh serta kedudukan keputusan SPM SMKA seluruh Malaysia.

Layari juga Ranking SBP Terbaik SPM 2020 dan Ranking MRSM Terbaik SPM 2020.

Ranking SMKA Berdasarkan SPM 2020

Berikut adalah senarai Top 10 kedudukan SMKA terbaik yang ditentukan berdasarkan Gred Purata Sekolah keputusan SPM 2020.

Ranking 2020 Ranking 2019 Nama SMKA GPS 2020
1 11 SM Agama Kuala Lumpur 1.52
2 1 SMK Agama Kerian 1.62
3 3 SMK Agama Sultan Azlan Shah 1.78
4 4 SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said 1.82
5 8 SMK Agama Naim Lilbanat 1.87
6 5 SMK Agama Sharifah Rodziah 1.91
7 2 SMK Agama Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail 1.92
8 18 SMK Agama Putrajaya 1.95
9 7 SMK Agama Durian Guling 2.00
10 10 SMK Agama Johor Bahru 2.04

ranking SMKA terbaik SPM

Semoga senarai SMKA terbaik SPM 2020 ini bermanfaat sebagai rujukan para ibu bapa dalam memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang paling sesuai untuk pendidikan menengah anak-anak mereka.